Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 25, 2014

Apa Tak Marahnya, Sokongan Terhadapnya Yang Akan Terjejas!

Cara UMNO ini dengan keganasan dan fitnah seolah ingin membenanmkan Mah di Teluk Intan!
Inilah politik amalan UMNO
Lebih kotor dari kapir......di Masjid pun ditaburnya gambar macam ni

Mah kecam gambar palsu bikini diedar di masjid
Calon BN untuk pilihan raya kecil Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong menyahut seruan untuk mengecam penyebaran gambar palsu Dyana Sofya Mohd Daud berbikini di masjid, seperti didakwa DAP petang semalam.

Menurutnya, BN tidak akan berkempen dengan cara sedemikian rupa kerana beliau sendiri sejak awal lagi sudah berikrar untuk berkempen secara bersih.

"Sudah tentu dari hari pertama (lagi) saya tak setuju dengan ini.

"Kita BN tak buat ini, di Internet pun banyak gambar saya dibuat begini," katanya merujuk kepada gambar beliau yang sebelum ini turut didakwa menjadi mangsa ubah suai dan disebarkan di Internet.

Beliau seterusnya mengajak calon Dyana agar turut sama mengecam serangan dan contengan cat warna hitam ke atas poster-posternya sebelum ini.

"Saya turut kecam (tindakan sebar gambar palsu Dyana) dan dia juga perlu kecam (poster saya yang diconteng).

"Yang serang poster-poster saya, awak lihatlah (poster-poster) berhampiran pasar dengan cat hitam, ini juga salah.

"Saya juga tidak setuju gambar saya diperlakukan begini," katanya.

Beliau ditemui selepas berkempen pada majlis anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di Taman Melor, Teluk Intan, malam semalam. - mk

2 comments:

  1. Macamana orang tak maki hamun umno, buat kerja jijik macamtu. Memanglah layak orang celakakan parti yang mempunyai ahli2 yang berperangai macam syaitan.

    ReplyDelete
  2. I do consider all the concepts you have introduced to your post.
    They are very convincing and will certainly work. Nonetheless, the posts are very short for newbies.
    Could you please extend them a little from subsequent time?
    Thank you for the post.

    Stop by my page plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa