Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 31, 2014

Korang Heran Ker MP BN Buat Perangai Separuh Masak Di Tempat Mengundi?

Kalau dah MP BN itu jenis separuh masak, di mana pula SPR?
Undang-Undang mana pula SPR pakai seseorang yang tidak berkenaan boleh masuk dengan bebas memakai baju lambang parti?

'Tajuddin boleh masuk tempat mengundi?'
mk - 3:48PM - 31 May 2014

MP DAP Ong Kian Ming mempersoalkan kemunculan seorang MP BN Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di kawasan sebuah pusat pengundian semasa pilihan raya kecil Teluk Intan berlangsung hari ini.

Ong dalam tulisan di Twitter mempersoalkan bagaimana MP tersebut boleh bergerak dengan bebas di kawasan pusat pengundian, yang secara lazimnya dikawal rapi dan hanya boleh dimasuki dengan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tambahan pula, pemimpin Umno Perak itu bukanlah pengundi untuk pilihan raya kecil Teluk Intan, katanya.
“Wah, YB ini boleh jalan-jalan di tempat mengundi tanpa memakai (pas SPR) dan pakai baju itu,” katanya.

Beliau merujuk kepada kemeja dengan corak lambang BN yang dipakai oleh Tajuddin, seperti ditunjukkan dalam gambar tersebut.

Ong berkata, semakannya menujukkan Tajuddin merupakan pengundi untuk kawasan Pasir Salak.

Gambar berkenan dikesan tersebar luas di laman sosial petang ini.

Tajuddin ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas kejadian berkenaan dan menegaskan beliau sedang sibuk dengan pilihan raya kecil yang sedang berlangsung.

Terdahulu, beliau turut dijulang oleh sekumpulan Pemuda BN, yang turut mengibarkan bendera parti ketika calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud melawat pusat pengundian di Kampung Bahagia.

Kejadian kira-kira jam dua petang itu menyebabkan kumpulan Pemuda BN dan kumpulan dari kem DAP bertekak di tempat kejadian.

Bagaimanapun tiada sebarang insiden lanjut berlaku.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
    
Rakyat Teluk Intan hari ini memilih sama ada Dyana atau calon BN Datuk Mah Siew Keong bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat.
    
Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan Mah dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Pengundi berdaftar di Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

1 comment:

  1. Iblis mana 2 boleh masuk utk mengaggu supaya bersama nya ke dalam Neraka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa