Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 20, 2014

Lepasan Oxford Pun Bercakap Bodoh Gak?

Khairy pun tiada pengalaman jadi menteri
HARAKAHDAILY.
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP mempertikaikan gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar pengundi Teluk Intan menolak calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, hanya kerana beliau masih muda dan kononnya tidak berpengalaman.

Bagi Ahli Parlimen DAP Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran, Khairy sendiri tidak memiliki sebarang pengalaman sebagai menteri ketika dilantik menyertai kabinet tahun lalu.

“Hakikatnya, kita semua adalah orang baru yang tidak berpengalaman, sehinggalah diberi peluang. Sebelum Khairy menjadi menteri pada tahun 2013, beliau juga tiada pengalaman.

"Adakah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantiknya itu satu keputusan yang salah?” kata mereka dalam satu kenyataan bersama dipetik Roketkini.

Mereka percaya lebih penting untuk Khairy menilai prestasinya sendiri sebagai menteri sejak setahun ini, memandangkan itu adalah kali pertama beliau menjawat jawatan itu.

“Bagaimanakah Khairy menilai prestasinya? Jika gagal, bila beliau akan meletak jawatan?

"Jika beliau rasa prestasinya bagus, apa yang membuatkannya fikir Dyana tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik jika diberi mandat?” soal mereka lagi.

Dyana sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selama setahun.

Dalam sidang media semalam, Khairy juga berkata, jika menang pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana selaku Ahli Parlimen DAP tidak akan memiliki akses kepada agensi-agensi persekutuan.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai satu ugutan, mereka mengingatkan Khairy bahawa tugas kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan hanya kepada pengundi mereka di kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.

“Ia adalah satu ugutan terbuka yang angkuh. Jelas, Khairy juga terperangkap dalam politik ‘I help you, you help me.’

“Walaupun popular dan dianggap bintang dalam Umno, beliau gagal memupuk politik baru yang mengutamakan tadbir urus yang baik, keadilan dan kesamaan.

“Berbeza dengan Dyana yang berikrar terhadap politik baru, seperti memecahkan tembok perkauman dan agama. Walau pun masih baru, beliau sememangnya harus diberi peluang,” kata mereka lagi.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Parlimen Teluk Intan mempunyai komposisi pengundi yang hampir seimbang iaitu 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Dyana dicabar Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam PRK kali ini.

Mah, 53, ialah penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan selama dua penggal iaitu pada PRU 1999 dan 2004

1 comment:

  1. Alahai awat tahap akal kj jd bongok bengong gitu.(tdk dkn memiliki akses bla bla)blaja oxford nunn.malu la kat nama U hang tuh..keh keh.mcm idup dlm utan lg bdk kj neh.naper laa asal umngok jer jd bodo.asal bodo jer umngok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa