Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 21, 2014

Pendakwaraya Norway serah laporan salahguna kuasa Taib kepada SPRM Tapi.....

Pendakwaraya Norway serah laporan salahguna kuasa Taib kepada SPRM, tetapi apa tindakan seterusnya
SEKILAS PANDANG: Satu lagi laporan salahlaku melibatkan pemimpin tempatan telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi apa agaknya tindakan susulan terhadapnya?
Benar, ini bukan kali pertama dakwaan salahlaku melibatkan pemimpin kita, termasuk bagi orang kuat Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menjadi sasaran aduan bagi pejuang-pejuang hak asasi Orang Asal dan anti-pembalakan.
SPRM telah membebaskan Taib daripada sebarang kesalahan pada siasatan awalnya. Jirannya Ketua Menteri Sabah Musa Aman juga diberi pelepasan oleh badan pencegah rasuah tersebut berikutan dakwaan menyalurkan jutaan ringgit kepada kantung Umno.
Adakah aduan terbaru ini yang melibatkan hubungan Sarawak Energy dengan ahli keluarga Taib akan dibuat siasatan?
Pertubuhan NGO Bruno Manser Fonds (BMF) telah mengumumkan bahawa pendakwaraya Norway telah merujuk aduan korupsi yang dibuat mereka ke atas warga Norway yang berkhidmat dengan Sarawak Energy kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah di Malaysia.
Ini berdasarkan surat yang diutus Pihak Berkuasa Siasatan dan Pendakwaraya Jenayah Ekonomi dan Alam Sekitar Norway (Økokrim) kepada BMF bertarikh 27 Februari.
Di dalam surat tersebut, agensi Norway itu berkata aduan tentang berlakunya rasuah melibatkan Sarawak Energy Bhd dan ketua pegawai eksekutifnya tidak akan dibuat pendakwaan oleh badan itu tetapi dirujuk kepada SPRM dalam bulan Januari tahun ini.
Ini kerana agensi tersebut tidak menyiasat aduan yang dibuat individu tetapi hanya bertindak selepas siasatan dan pemantauan pihak berwajib.
Dasar aduan tersebut juga tidak memberi kesan terhadap Norway bagi ia menjalankan siasatan.
Maka, Økokrim merujuknya kepada SPRM yang bertanggungjawab bagi pihak di Malaysia.
Usaha mengheret Taib, kroni serta ahli keluarganya ke mahkamah tempatan tidak pernah berjaya, maka BMF berusaha membawa penglibatan pihak asing di dalam kes tersebut.
Pertubuhan NGO Malaysia Suaram telah berjaya di dalam kes sebegini, apabila membawa tuduhan salahlaku melibatkan pemimpin tinggi di Malaysia dan warga Peranchis berikutan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia. Mahkamah Peranchis sedang membuat siasatan bagi kes tersebut.
Amat menyedihkan jika di Malaysia, aduan salahlaku berkaitan pemimpin kita dipandang sepi sehingga terpaksa dibawa ke pengetahuan dunia agar keadilan mampu terlaksana.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa