Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 22, 2014

Woow....Kayanya Anak Polis Dan Siasatan Terhadap Kes Sanjeevan Telah Dihentikan!

Kenapa siasatan dihentikan?
Tak ada jawapan.....

‘Anak pegawai kanan polis miliki kekayaan luar biasa’
 | May 22, 2014
Dia memiliki dua buah kereta mewah jenis Audi A5 dan Jaguar XF yang dibeli secara tunai, selain enam akaun peribadi melebihi RM500,000.
sanjeevanKUALA LUMPUR:  Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mendakwa anak lelaki seorang pegawai kanan polis  memiliki aset kekayaan melebihi RM2 juta.
Sanjeevan berkata, kekayaan lelaki berusia 30-an itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau tidak memiliki sebarang pekerjaan.
“Dia memiliki dua buah kereta mewah jenis Audi A5 dan Jaguar XF yang dibeli secara tunai, selain turut mempunyai enam akaun peribadi yang kesemuanya berjumlah melebihi RM500,000.
“Hasil siasatan pihak MyWatch mendapati pekerjaan terakhir dia adalah pada tahun 2008,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah restoran di ibu negara hari ini.
MyWatch turut mendedahkan transaksi akaun anak lelaki tersebut yang datang daripada sebuah syarikat senjata api yang berpangkalan di Malaysia Timur.
Sehubungan itu, MyWatch menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat sumber kekayaan luar biasa lelaki terbabit.
Tambahnya, beliau mendapat maklumat berkenaan setelah menerima bungkusan yang dialamatkan ke pejabatnya oleh seorang individu yang tidak dikenali pada awal bulan ini.
“Saya mahu siasatan terperinci dibuat segera sumber kewangan beliau kerana mampu memiliki pelbagai aset dalam usianya dan tidak bekerja bahkan saya turut akan membuat laporan kepada pihak SPRM pada minggu hadapan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sanjeevan turut mengulas pertanyaan media mengenai kes tembak terhadap dirinya, Sanjeevan berkata siasatan terhadap kes itu telah dihentikan.
“Saya berasa kesal kerana siasatan telah ditutup maknanya sekiranya saya terbunuh ketika kejadian itu, bererti tiada siasatan lanjut yang akan dibuat bagi mengetahui kebenaran sebenar,” tegas beliau.

2 comments:

  1. Magnificent website. plenty of fish dating site of free dating of helpful
    information here. I am sending it to several pals ans additionally sharing in delicious.
    And of course, thanks to your sweat!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa