Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 27, 2014

Diluluskan Disember: Kenapa Sekarang Baru Diberi?

Diluluskan oleh YKN sejak bulan Disember lalu
Kenapa semalam baru beri/sampaikan
Inilah ragam di ambang PRK atau PRU
Bila orang kata beli undi, awak melenting!

Mkini digesa tarik balik laporan dakwaan 'beli undi'
mk - 7:19PM - 27 May 2014
TELUK INTAN Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menggesaMalaysiakini menarik balik laporan di mana seorang ibu tunggal mendakwa dia telah diminta mengundi BN dalam pilihan raya kecil Sabtu ini, selepas diberikan wang tunai dan barangan keperluan oleh ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua pegawai eksekutif yayasan tersebut, Datuk Rafek Reshidullah berkata perkara itu tidak benar, palsu dan satu fitnah terhadap Shahrizat yang juga pengerusi YKN.Dalam laporan yang disiarkan semalam, P Panjalay (kanan) dari Taman Semarak, Teluk Intan, berkata Shahrizat melawat rumahnya, dan memberi bantuan berupa wang tunai RM500 dan lampin pakai buang, dan merayunya mengundi calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Panjalay berkata beliau tidak pasti sama ada wang itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau daripada Umno.

Rumahnya adalah satu daripada dua lawatan berjadual yang diatur untuk Shahrizat yang juga penasihat khas kepada perdana menteri mengenai kebajikan dan hal ehwal wanita.

Shahrizat nafi dakwaan

Shahrizat kemudiannya menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau membuat lawatan dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi Yayasan Kebajikan Negara.

Rafek, dalam satu kenyataan semalam, mendakwa kes Panjalay telah diluluskan oleh YKN sejak bulan Disember lalu bagi meringankann bebannya untuk membesarkan tiga anaknya yang merupakan OKU, dan Rafek sendiri menyampaikan bantuan lampin pakai buang dan bantuan perubatan kepada Panjalay.

"Yayasan Kebajikan Negara Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas tersebut sekiranya pihak Malaysiakini gagal menurunkan kenyataan tersebut," kata Rafek dalam kenyataannya itu.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata lamanweb berita itu mempunyai dasar tidak akan menarik balik laporan selepas ianya disiarkan, sambil menambah, "Kami telah memasukkan penafian Shahrizat dalam berita kita semalam."

3 comments:

  1. Lulus bulan Disember, sekarang baru beri... dalam kepala aku cuma adalah menunggu wang yang diluluskan itu matang di dalam akaun simpanan tetap si penyonglap... 6 bulan simpan... kalau RM100,000... banyak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru kes. Katakana ada 1000 orang yg dah diluluskan oleh YKN bermakna RM 500000. Kalau bunga 8%, boleh untung atas angin 45000.Ini yg dinamakan kebajikan , sama macam beli lembu maya kondo. Mami dan Nana.

      Delete
  2. Tak apalah, kpd sesiapa yg tidak mendapat bantuan undilah DAP, tanpa mengira anda penyokong mana2 parti pun, undilah DAP. Yg dapat tu ikut suka dialah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa