Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 23, 2014

MH370: Adakah Hishammuddin Juga Akan Menjadi Korban?

Bosan dengan kesilapan kendali MH370, Hishammuddin dituntut letak jawatan
OLEH MUZLIZA MUSTAFA
MAY 23, 2014
LATEST UPDATE: MAY 23, 2014 09:45 AM
Kenyataan tidak sensitif oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyebabkan ada ahli keluarga penumpang MH370 mendesakkan meletakkan jawatan. Gambar fail The Malaysian Insider

Kenyataan tidak masuk akal dan tidak sensitif yang dibuat oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mempertahankan ketiadaan tindakan tentera dalam sejam pertama M370 hilang menimbulkan kemarahan keluarga penumpang dan anak kapal dan ada antara mereka menuntut beliau meletakkan jawatan.
Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dalam satu temubual dengan program Four Corners oleh Australia Broadcasting Corp yang disiarkan pada 19 Mei lalu, berkata tentera Malaysia diberitahu untuk mengawasi kapal terbang itu tetapi membenarkannya hilang dari radar mereka selepas menimbangkan ia bukan musuh.
Kenyataan beliau menarik perhatian keluarga yang dihubungi oleh The Malaysian Insider dan mereka berkata kenyataan itu mendorong lebih banyak persoalan daripada memberikan jawapan kepada kejadian itu.
Beliau berkata, kenyataan menteri itu hanya menunjukkan ia adalah sebahagian daripada 'pelan' untuk membuat kapal terbang itu hilang dengan tujuan tertentu.Warganegara India, Pralhad Shirsath, suami kepada seorang penumpang MH370 mempersoalkan bagaimana pesawat itu dibenarkan melalui ruang udara Malaysia tanpa apa-apa tindakan diambil, sedangkan pada masa sama tentera tahu M370 hilang atau bermasalah.
"Menteri pengangkutan berkata, 'Jika kamu tidak akan menembak, apa gunanya penghantaran tersebut?'.
“Dia harus faham menghantar pesawat tentera tidak bermakna menembaknya, setiap masa, tetapi menyiasat risiko dan mengambil tindakan (apabila ia sudah dikenal pasti sebagai jet komersial dan bukan musuh tetapi melalui wilayah Malaysia tanpa kebenaran).
“Daripada segi memberi maklum balas kepada orang yang menguasai kapal terbang (saya anggap tentera tidak tahu ia adalah pembawa bendera Malaysia pada masa itu). Atau ia adalah OK untuk terbang ke atas wilayah Malaysia tanpa kebenaran/pelepasan sebelumnya," katanya.
Shirsath percaya kerajaan Malaysia menyembunyikan lebih banyak maklumat daripada keluarga dan orang ramai berikutan kenyataan terkini itu.
"Jika mereka mempunyai sebab untuk menyembunyikan maklumat, mereka perlu memberitahu kita dan mungkin kita akan cuba memahami mereka,” katanya.
Shirsath berkata, imej Malaysia rosak ekoran cara kerajaan menangani tragedi itu.
Beliau hairan bagaimana orang yang memerintah negara ini dan mereka yang bertanggungjawab dalam operasi mencari dan menyelamat masih kekal berkuasa.
"Bagaimana rakyat Malaysia boleh bertolak ansur dengan kesilapan ini? Mereka mesti meletak jawatan dan orang yang lebih jujur harus mengetuai siasatan. Ia masih tidak terlalu lewat, mereka perlu memberitahu semua perkara kepada kita, hentikan salah urus media dan keluarga dan pastikan semua  penumpang  dan anak kapal kembali ke rumah mereka dengan selamat dan kami akan memaafkan mereka, " katanya.
Sarah Bajc, rakan Philip Wood, penumpang pesawat malang itu juga berkongsi sentimen sama dan berkata ia tidak munasabah dan berbahaya bagi mana-mana pemerhati penerbangan awam atau tentera untuk tidak mengambil kira kapal terbang yang tidak dikenali.
"Saya percaya rakyat Malaysia dan siasatan ke atas MH370 akan lebih baik jika Hishammuddin meletakkan jawatan. Tekaan saya adalah, semua pihak rasa begitu tetapi saya tidak akan anggap saya bercakap untuk orang lain," katanya.
Syafinaz Hasnan, adik perempuan kepada anak kapal M370 Mohd Hazrin berkata, kenyataan Hishammuddin tidak sensitif.
"Saya amat sedih dengan cara kerajaan menangani isu tentera ini. Mereka juga sangat keliru dengan maklumat songsang mereka sendiri. Sekarang semua orang tahu bagaimana tidak cekapnya mereka dan bagaimana terdedahnya negara kita," katanya.
Sementara itu, KS Narendran, suami Chandrika Sharma, salah seorang daripada lima warganegara India di atas kapal MH370 itu berkata, pendirian menteri itu agak keterlaluan.
Beliau berkata, apa yang berlaku menunjukkan kecuaian dan ketidakcekapan berganda oleh pelbagai pihak berkuasa dalam menangani tragedi M370.
Beliau menggesa Hishammuddin berhenti mempertahankan mereka dan tidak mempertahankan mereka yang tidak boleh dipertahankan termasuk menutupi kelemahan tentera.
Beliau berkata, orang ramai tidak mudah dipengaruhi walaupun Hishammuddin kelihatan mampu atau penuh keyakinan di televisyen.
"Keluarga yang terjejas dan dunia amnya berhak mendengar kebenaran dan satu-satunya cara kerajaan boleh  lakukan adalah dengan menolak untuk menjadi ejen mereka yang berkepentingan dan minta dilindungi, memohon maaf untuk kelemahan tertentu dan memindanya,” katanya.
Sementara itu, Lokman Mustafa, yang mempunyai kakak di atas pesawat itu berkata, kekurangan tindakan daripada tentera hanya menunjukkan mentaliti mereka sehingga menyebabkan pencerobohan Lahad Datu.
"Sama ada  tentera kita tidak cukup rasa ingin tahu, atau hanya malas, yang sudah tentu bermakna pengabaian tugas. Atau lebih teruk lagi, mungkin ini satu konspirasi untuk menyembunyikan sesuatu.
"Cuba bayangkan, jika kita mendengar bunyi yang pelik di atas bumbung kita, kita tentu keluar untuk memeriksa apa yang menyebabkannya.
"Tentera kita dibayar untuk memastikan keselamatan kita, mereka perlu pastikan kapal terbang itu musuh atau sebaliknya. Hanya kerana 'kita tidak berperang dengan sesiapa' tidak bermakna kita harus membenarkan mana-mana pesawat menceroboh ruang udara kita dan secara senyap meluncur ke laut, kerana ia mungkin penceroboh Lahad Datu sekali lagi, atau MH370 (yang hilang pada masa itu). Tetapi saya rasa sesetengah orang tidak pernah belajar," katanya.
Kenyataan marah dan kecewa seorang pengguna sosial dalam akaun Twitter Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Kenyataan marah dan kecewa seorang pengguna sosial dalam akaun Twitter Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Bercakap dalam program Four Corners  pada Isnin, Hishammuddin berkata tentera tidak menghantar kapal terbang untuk menyiasat kerana "ia tidak dianggap sebagai objek mush dan sia-sia jika anda tidak akan menembaknya".
Beliau mempertahankan kegagalan tentera menghantar jet pejuang selepas penerbangan MH370 hilang dari radar awam pada 8 Mac apabila transponder berhenti memancar signal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing di sekitar jam 1:21.
Radar tentera mengesan pesawat itu selepas ia membuat pusingan U, berpatah balik dan bergerak  arah barat semenanjung.
"Jika anda tidak akan menembak, apa guna menghantarnya (jet pejuang)," kata Hishammuddin dipetik sebagai bertanya dalam program itu.
Kelewatan dalam mengenal pasti lokasi Boeing 777-200ER itu membawa kepada pencarian berhari-hari di Laut China Selatan sebelum analisis firma satelit British, Inmarsat, berkata mungkin ia menuju Lautan Hindi.
Hishammuddin berkata, jika pesawat itu ditembak jatuh dengan 239 penumpang dan anak kapal: "Saya berada dalam kedudukan yang lebih buruk, mungkin.”
Beliau berkata, dia dimaklumkan tentang pengesanan radar tentera dua jam kemudian dan disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kemudian mengarahkan pencarian di Selat Melaka.
Ini merupakan kali pertama Malaysia berkata, pihak berkuasa penerbangan awam meminta tentera memerhatikan pesawat - fakta yang tidak disebut dalam laporan awal lima muka setelah kehilangan kapal terbang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 Mei .
Laporan awal yang banyak dikritik tidak menyebut tentang arahan pihak berkuasa penerbangan awam kepada tentera untuk memantau pesawat.
Sebaliknya, laporan ringkas itu, yang dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), mendedahkan kacau-bilau empat jam pertama selepas komunikasi antara pengawal trafik udara Malaysia, syarikat penerbangan dan lain-lain pengawal trafik udara serantau terputus dengannya sebelum pencarian dimulakan.
Pihak berkuasa Malaysia dikritik hebat atas pengendalian siasatan pesawat yang hilang itu oleh media antarabangsa, ahli keluarga penumpang dan anak kapal dan menuduh mereka menyembunyikan sesuatu dan melambatkan maklumat kepada orang ramai.
Satu kajian oleh The Malaysian Insider bulan lalu menunjukkan lebih separuh daripada warga Malaysia yang ditinjau percaya Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan penerbangan MH370 itu.
Daripada 1,029 responden yang ditinjau dalam Tinjauan The  Malaysian Insider yang dijalankan oleh Merdeka Center, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam melepaskan maklumat mengenai penerbangan MH370  yang hilang pada 8 Mac.

Sebagai maklum balas kepada soalan sama ada mereka berpendapat Putrajaya boleh dipercayai atau menyorokkan apa-apa mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan benar manakala 20% tidak pasti. – 23 Mei, 2014.

5 comments:

  1. Dah memang perangai manusia yang lupa akan kekuasaan Allah swt. Ingatlah apa yang berlaku mengenai MH 370 diluar bidang kekuasaan sesiapa pun dimuka bumi ini. Manusia tak tahu perancangan Allah swt. Bagi keluarga penumpang yang beragama Islam, kamu harus menerima ini sebagai suratan takdir dari Allah swt yang maha berkuasa yang menjadikan kita semua. Semua kapal2 terbang, terbang mengikut jadual masing2. Apa yang berlaku atas kapal terbang tersebut semua orang pun tahu. Kita menanya bertubi-tubi kepada orang2 yang memang tidak tahu. Memaksa orang buta meneka benda yang dia tidak nampak apa dihadapannya wajarkah kamu? Bila sibuta tak dapat meneka lalu kita kata kat mereka oh kamu memang sengaja pura2 buta. Sedangkan mereka memang buta. Berhentilah memaksa sesorang yang memang tidak tahu bercakap sekadar apa yang mereka mampu untuk mententeramkan hati kita. Serupa juga dengan barang kepunyaan kita, dirompak orang yang hilang terus kita tak jumpa selama2nya. Hari2 kita menanti seperti bintang2 dilangit yang takan jatuh kebumi selama2nya. Redhalah akan ketentuan Allah swt. jangan kita marah nyamuk kelambu nak dibakar. Apa hak kita hendak marah kat orang2 seperti kita manusia biasa. Tak layak kita nak suruh orang letak jawatan. Menghukum orang tak bersalah kerana suatu kehilangan yang belum dapat dikesan. Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Berserahlah kepada Allah swt. sekiranya apa yang berlaku adalah angkara kejahatan atau konspirasi yang hendak menjatuhkan kerajaan kita, sama2lah kita berdoa supaya Allah swt memberi petunjuk supaya kejahatan akan diketahui oleh seluruh dunia disatu masa nanti. Kejahatan manusi takan dapat disembunyikan selama2 nya lambat laun akan diketahui juga sampai masa yang dikehendaki oleh Allah swt jua. Kesabaran itu tiada batas. Jika tidak dapat balasan didunia akan dapat balasan baik diakhirat kelak. Tahniah kepada isteri Pramugara yang telah selamat melahirkan bayinya. Semoga Allah swt memelihara anda sekeluarga. Begitu juga dengan keluarga2 muslim yang lain yang ahli keluarga mereka turut berada dalam pesawat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara membuat satu kesimpulan yg mudah.semua yg beriman percaya dan yakin akn ketentuan dan kekuasaannya.sebgaimana yakinnya kita allah boleh sahaja mengIsraa'kan rasulullah s.a.w. kpdnya tanpa ditemani jibril a.s.Bgtu jga apa perlu buraa' ditambatkan disatu tempat di masjidil Aqsaa.pasti perbuatan tersebit ada hikmahnya kpd manusia.benar iman abu bakr r.a tersgt hebat.tp ia bkn semata2 percaya buta.lihat sejarah perjlanan hidupnya dr kanak2 sehongga Islam.Dlm keadaan ummat yg sgt lemah dan keliru ini penerangn yg halus serta menghampiri jiwa adalah amat diperlukan.bkn senang utk menyingkap hijab yg berlapis2 antara manusia dan penciptanya.yg tinggal hanya usaha.segalanya terserah kpdNYA.

      Delete
  2. Keluarga lu tak kena cuba kena ..lagi teruk agaknya..tapi jawapan yg di beri tu pikir la dulu sbb manusia sekarang dah panjang akalnye.. agaknya itulah balsan tuhan pada pak menteri tu cakap serupa orang tak berakal..

    ReplyDelete
  3. Ketika MH370 hilang dari skrin radar, mereka tentu masih seronok girang yamseng berikutan keputusan mahkamah beberapa jam sebelum itu. Masing2 semua alpa dibuai kegembiraan tak terperi. Jika dipintas oleh tentera sama ada sempat atau tidak, berjaya atau sebaliknya, takdir bukan persoalannya. Persoalannya adalah, dimanakah tanggungjawab pihak yg terlibat? Sebagai menteri tidak usahlah memberi jawapan yg bodoh lagi hodoh untuk menutup kelemahan yg amat nyata itu.

    ReplyDelete
  4. Great post.

    Also visit my homepage :: Womens Toms Shoes Crochet

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa