Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 27, 2014

SPR Kata Tak Salah!

Perumpamaan MSO adalah padan!

SPR jangan jadi "babi bajak"


Pemimpin BN memujuk dan mengugut pengundi tanpa diambil tindakan
SEKILAS PANDANGAN: Jika ada seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) yang layak diselar kerana kenyataannya, sudah tentu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendahului senarai.
Beliau mencerca calon pilihanraya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud (DAP) sambil memberitahu anggota polis jangan mengundi calon itu yang didakwa “tidak berapa jelita seperti yang digambarkan di foto dan kaca TV”.
Kenyataan Zahid itu tidak mengejutkan kerana beliau seringkali membuat kenyataan yang tidak masuk dek akal seperti “senjata yang hilang mungkin terjatuh ke dalam jamban” bagi memberi justifikasi kehilangan senjata anggota polis yang didedahkan laporan Ketua Audit Negara.
Di perjumpaan dengan pasukan polis tersebut, Zahid menggesa anggota polis mengundi calon terbaik dan bukan berdasarkan rupa parasnya.
“Jika kamu hendak mengundi seorang yang cantik, tetapi tidak dapat memberi perkhidmatan, apa gunanya?”
“Dia tidak tinggal di sini (Teluk Intan). Saya melihatnya, saya melihat wajahnya, dia tidak begitu jelita. Dalam gambar, dia jelita, di kaca TV, dia sedikit jelita,” katanya yang membuatkan para hadirin tertawa.
Sehari sebelumnya, Zahid membuat satu lagi kenyataan yang wajar ditempelak ketika bertemu anggota Rela.
“Jangan main-main dengan saya. Saya tahu siapa yang mengundi dan siapa yang tidak mengundi... Jadi, kali ini, pastikan BN menang kerusi parlimen ini ...Saya akan meninjau peti undi Pekan Baru,” katanya di dalam ucapan di Sekolah Kebangsaan Selabak, yang merupakan kawasan pengundian di daerah Pekan Baru, Teluk Intan.
Lebih mengejutkan ialah gambaran bahawa Zahid seakan mengetahui terdapat 2,000 anggota Rela, daripada 8,000 yang berdaftar di Teluk Intan, yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka.
Amaran Zahid kepada pegawai Rela seharusnya menimbulkan persoalan tentang kerahsiaan pengundian atau samada ia dikompromi bagi memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
Orang ramai menyelar kenyataan itu di samping mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan ke atasnya menggunakan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Ini menyebabkan Zahid menjelaskan apa yang diutarakannya.
Semalam, Zahid berkata pasukan sukarelawan awam itu memiliki senarai pengundi berdaftar dengan SPR dan ini membolehkan Rela tahu siapa yang tidak hadir membuang undi.
“Saya tahu 2,019 anggota tidak membuang undi, bukan samada mereka tidak mengundi Barisan Nasional (BN),” beliau dipetik berkata di satu sidang akhbar di Teluk Intan.
Datuk Mah Siew Keong dari BN ditewaskan Seah Leong Peng (DAP) dengan kelebihan 7,313 undi. Kematian Seah akibat kanser memaksa PRK ini dijalankan.
Mah yang pernah menjadi ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal berdepan Dyana di kawasan dengan 60,349 pengundi berdaftar terdiri dari 23,301 Melayu, 25,310 Cina dan 11,468 India.
Selain mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan, Zahid turut dilaporkan memberitahu pengawai Rela bahawa mereka akan menerima pakaian seragam baru jika BN menang pada pilihanraya kecil itu.
Zahid yang juga naib presiden Umno menjelaskan bahawa anggota Rela di Teluk Intan akan mendapat pakaian seragam baru lebih awal daripada anggota Rela di tempat lain jika BN menang di situ.
“Saya melakukan inisiatif meminta peruntukan RM5,000 dari setiap ahli parlimen BN untuk diberikan kepada ibu pejabat Rela supaya mereka dapat menukar seragam baru di setiap kawasan parlimen.
“Saya tidak kata Rela hanya akan diberi seragam baru di kawasan BN,” katanya, sambil menambah bahawa anggota Rela di kawasan parlimen Pakatan Rakyat juga akan mendapat seragam baru itu kemudian.
Berhubung isu peruntukan, Zahid berkata kemenangan Mah akan menyaksikan pengundi Teluk Intan layak mendapat dana sebanyak RM1 juta.
“Jika Bagan Datoh dan Pasir Salak (dua kawasan BN) mendapat peruntukan dan tidak Teluk Intan, ini menyukarkan pegawai daerah kelak,” ujar ahli parlimen Bagan Datoh itu.
“Mari jadikan hidupnya lebih mudah dengan memastikan semua kawasan parlimen di daerah Hilir Perak diwakili ahli parlimen BN,” katanya.
Kenyataan ini seakan menjelaskan masalah yang ditimbulkan ahli parlimen Pakatan Rakyat bahawa mereka dinafikan peruntukan persekutuan bagi kawasan mereka, yang disalurkan kepada penyelaras dari kalangan ahli BN.
Budaya kebergantungan terhadap kerajaan BN ini telah dialami penduduk di pedalaman sejak negara mengecap kemerdekaan pada 1957.
Nampaknya, menteri dalam negeri dan pemimpin BN boleh berkata apa sahaja dan SPR hanya akur dengan kenyataan mereka.
Kita tertanya-tanya apa yang akan dilakukan SPR jika pemimpin Pakatan melakukan perkara serupa. BN-Umno seakan boleh berbuat sesuka hati mereka ketika kempen pilihanraya.
Laporan ini dikarang oleh V Shuman dan Alyaa Alhadjri

2 comments:

  1. Kalau dah SPR kata tak salah PR juga dok susah payah buat apa do pi tuduh yang menteri itu salah , ayo kita pula pangge smua pasukan beruniform yang mirip sebelah kita dan bagi tau kad depa apa yang boleh buat dan bagi kat depa jika kita perintah Negara dan jika depa-depa yang mai degaq ceramah kita tu kena ambik tindak oleh bos-bos depa baru la boleh kita cakap yang menteri dan bos-bos depa semua tu memang kaki bodek dan pembohong ,bak kata orang la nie cakap tak serupa bikin,

    ReplyDelete
  2. Lol statement celaka dari menteri celaka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa