Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 30, 2014

Statement Dr. Asri Ini Perlu Dibaca Dan Faham Betul-Betul

Tanpa Hudud, Sweden & New Zealand Tetap Selamat - Asri
Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 - mStar
Oleh: D. KANYAKUMARI
BANGI: Memastikan kebajikan masyarakat Islam tidak hanya terletak kepada undang-undang semata-mata, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Negara-negara seperti New Zealand dan Sweden tidak mempunyai hudud tetapi negara-negara tersebut selamat kerana ia tidak sekadar bergantung kepada undang-undang.

"Ia memerlukan masyarakat dan tadbir urus moral yang baik dan sudah tentu pemerintah yang baik," katanya pada forum bertajuk 'Muzarakah Jenayah Syariah Kebangsaan', di Universiti Kebangsaan Malaysia, Khamis.

Bekas mufti Perlis ini menegaskan bahawa pelaksanaan hudud oleh PAS hanya boleh dilakukan jika ahli parlimen dapat mewujudkan persekitaran yang menyamai zaman Nabi.

"Semasa zaman Nabi, semuanya yang 'halal' dapat dilakukan dengan mudah.

"Ambil perkahwinan sebagai contoh, cara terbaik untuk mengelakkan zina ketika itu mudah, tetapi kini, ia telah menjadi satu urusan yang meleret-leret dan mahal," kata Dr Asri, ketika berucap di hadapan 300 orang yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik dan pakar-pakar agama.

Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Shamrahayu Abdul Aziz juga berpendapat bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular seperti yang dikemukakan oleh beberapa orang.

"Memang ada ruang untuk perbincangan dan kita perlu memahami sama ada atau demokrasi yang sedia ada adalah serasi dengan sekular.

"Rangka kerja dan asas mungkin kebaratan tetapi ahli parlimen kita berpegang kepada agama mereka apabila melaksanakan undang-undang, oleh itu agama memainkan peranan dalam undang-undang," katanya, sambil menambah Malaysia sentiasa terikat kepada Islam.

4 comments:

  1. Kasi jatuh..buang bn jauh2 dlm laut dulu la..br boleh kita ckp pasal hudud..

    ReplyDelete
  2. Apakah menegakkan hukum islam kerana untuk melihat keselamatan. Keselamatan bagi orang islam ialah selamat didunia dan akhirat. Adakah new zealand selamat kerana kurang jenayah maka undang islam dikecuali oleh allah. Bukankah manusia tidak punya pilihan lain kalau sudah ada peraturan dari Allah. Syariat Allah disuruh kita tegakkan kerana kita mengaku kita orang islam dan kita orang beriman. Allah maha mengetahui. Adakah Allah terlepas pandang. Tiada jenayah, tiada pencuri, tiada perogol adakah menjadi alasan kita tidak tegakkan hukum Allah. Mungkin perlaksanaan tidak perlu lagi kerana tiada pesalah, tapi tidak bermakna hukum tidak relevan dan tidak perlu ditegakkan. Kalau kita bertaqwa, buatlah apa yang disuruh dan tinggal apa dilarang. Kita masih ada perkiraan dihari akhirat. Baik didunia tak semesti baik diakhirat. Menegakkan hukum islam adalah satu perintah allah, kalau tidak ada jenayah berlaku, alhamdulillah. Tidak ditegakkan hukum islam pula adalah satu jenayah. Kalau tidak ada seorang pun disabit kesalahan kerana masyarakat sudah jadi baik tidak bermakna allah telah mengangkat perintah menegakkan hukum islam. Mengikut perintah allah kerana mengharapkan rahmatnya bukan kerana untuk menghukum orang. Kerana kita hambanya, sami'na wa ata'na lepas itu berserah kepada allah.

    ReplyDelete
  3. Hi mates, its fantastic paragraph regarding teachingand entirely defined,
    keep it up all the time.

    My blog post - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  4. It's perfect time to make some plans for the future and it's
    time to be happy. I've read this post and if I could I
    want to suggest you few interesting things or tips. Maybe you could write next articles referring
    to this article. I wish to read more things about it!


    Feel free to visit my homepage ... plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa