Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 29, 2014

Benarkah kerajaan Kelantan gagal tangani banjir?

Negeri lain tak kena banjirkah?
Kenapa hanya kerjaan Kelantan saja dipersalahkan?
Adakah Kelantan bukan wilayah Malaysia?
Bukankah beban ini tanggung jawab bersama kerajaan persekutuan?

Sudah 20 tahun perintah, kerajaan Kelantan gagal tangani banjir
 | December 29, 2014
Kegagalan kerajaan negeri yang memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama lebih 20 tahun, harus bertanggungjawab dan mengambil inisiatif lebih serius bagi mengatasi masalah banjir ini.
Oleh Johan James
Banjir Kelantan 3Negeri Kelantan dilanda lagi banjir seperti tahun-tahun yang lepas. Namun pada kali ini, ia lebih teruk daripada banjir besar yang telah berlaku pada tahun 1926, 1967 dan 2004. Apakah musibah banjir ini sumpah tanpa penghujung bagi rakyat Kelantan? Siapakah yang harus dipersalahkan? Kerajaan pusat? Kerajaan negeri? Atau rakyat yang kononnya telah berdosa besar.
Kejadian banjir di negeri ini merupakan kejadian tahunan yang telah sebati dalam kehidupan harian rakyat Kelantan. Mereka tidak gentar menghadapinya selama ini sungguhpun pernah dikejutkan dengan kejadian banjir yang besar sebanyak tiga kali. Namun, timbul persoalannya, adakah dalam era zaman moden ini banjir masih lagi menjadi bebanan atau ancaman bagi penduduk Kelantan?
Jika dilihat dari segi keadaan cuaca di Asia Tenggara dalam tempoh seminggu yang lalu, banjir dalam skala yang besar ini bertitik tolak daripada hujan lebat sebanyak 255mm hujan, selama 24 jam pada 21 dan 22 Dis 2014 (sumber: flood list.com). Malah sehingga ke hari ini, hujan lebat masih berterusan. Di samping itu, fenomena ‘air pasang surut’ yang dipengaruhi oleh kedudukan bulan juga menjadi penyumbang utama kepada kejadian banjir besar ini.
Fenomena ini dikenali sebagai ‘Fenomena new moon’ di mana kedudukan bulan berhampiran bumi menyebabkan air pasang. Hujan lebat turun disebabkan angin monsoon timur laut merentasi laut China Selatan sampai ke Semenanjung Malaysia. Ini menyebabkan air banjir sukar untuk surut kerana air pasang lebih tinggi daripada biasa. Apa yang berlaku sekarang yang menyebabkan banjir besar adalah disebabkan gabungan faktor alam iaitu :-
  1. Pada ketika ini bulan berada hampir dengan Perigee,
  2. Bulan hampir dengan fasa bulan baru (new moon) sejajar dengan matahari,
  3. Perigean spring tide sedang berlaku,
  4. Angin monsoon timur laut sedang bertiup dan
  5. Hujan lebat di kawasan pedalaman. (sumber:falakonline.net)
Oleh itu gabungan faktor-faktor alam di atas merupakan antara punca utama berlakunya banjir yang amat teruk sekarang. Selain negeri-negeri pantai timur di Malaysia, daerah-daerah seperti Yala, Narathiwat, Pattani di Thailand, Aceh, Bandung, Jawa Tengah di Indonesia, serta 5 lagi daerah di Srilanka, turut mengalami nasib yang sama.
Sungguhpun nafas lega boleh dihembus kerana kejadian banjir di Malaysia khususnya di Kelantan bukan sesuatu yang luarbiasa, peranan pihak berkuasa khususnya kerajaan negeri dalam menangani musibah ini harus diambil kira. Kegagalan kerajaan negeri yang memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama lebih 20 tahun, harus bertanggungjawab dan mengambil inisiatif lebih serius bagi mengatasi masalah banjir ini.
Antara faktor-faktor yang harus dipertimbangkan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk mengatasi masalah banjir ini adalah keadaan geografi, sistem perparitan, dan aktiviti pembalakan atau penebangan hutan tanpa kawalan.
Ke arah itu, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan harus berkerjasama dalam mengenalpasti masalah-masalah dalam faktor-faktor tersebut untuk mengatasi masalah banjir yang semakin menghantui rakyat Kelantan, tanpa saling bertuduhan. Pelan kontingensi bagi menghadapi situasi banjir yang lebih serius harus diatur oleh kedua-dua pihak. Justeru itu, kerajaan negeri juga tidak seharusnya memberikan alasan ketidakcukupan sumber pendapatan khususnya daripada sumber petroleum dan gas asli lagi bagi kegagalan mengatasi masalah banjir. Kerajaan negeri Kelantan harus mengambil iktibar daripada negeri-negeri yang telah mengalami pembangunan pesat tanpa sebarang sumber asli.
Johan James adalah pembaca FMT

7 comments:

  1. Abe

    Mengikut beberpa kawan yang b3kerja dengan kerajaan negeri seperti pejabat tanah dan majlis daerah, kerajaan negeri gagal menangani banjir kali ini. Stock b3kalan dip3ngkalan hadapan pun tidak sempurna.

    Kita tidak bol3h m3nyalahkan sep3nuhnya kepada kerajaan negeri kerana skala banjir tahun ini amat luar biasa s3kali. Kita tahu kerajaan negeri tidak mampu menghadapi banjir skala ini bers3ndirian.

    Yang kita nampak respond kepada banjir yang besar kali ini agak mengecewakan samada dari pihak kerajaan negeri dan pusat. Sepatutnya setelah masuk 3 hari, respond perlu diperingkatkan dengan skala banjir ters3but.

    Sikap ambil mudah dan tak peduli kepada keadaan yang getir -itulah kel3mahan yang kita nampak. Bagi pihak kerajaan nege4i s3patutnya TMB lah orang yang paling s3bok t3tapi s3galanya diserah kepada Dato Mustapha Mohamed. Dato Pa memang berusaha semampu boleh. Yang mendukacitakan iapah Nik Amar dan barisan tok l3bai-tok lebai PAS.

    ReplyDelete
  2. Kelatan BUKAN WILAYAH MALAYSIA. KELANTAN juga tidak autonomous. KELANTAN berdiri sendiri seperti negara-negara lain dalam PERSEKUTUAN. Kelantan ialah jajahan takluk SULTAN KELANTAN.

    Kelantan ialah sebuah NEGARA bebas merdeka yang menjadi ahli sebuah PERSEKUTUAN yang di kenali Sebagai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU asalnya yang kini di tukar kepada MALAYSIA selepas di sertai oleh TIGA buah NEGARA yang bebas MERDEKA (MERDEKA dari BRITISH) yakni SINGAPURA SABAH DAN SARAWAK - Yang mana selepas itu SINGAPURA menarik diri keluar dari PERSEKUTUAN.

    Malaysia bukan SEBUAH NEGARA - MALAYSIA ialah sebuah PERSEKUTUAN NEGARA-NEGARA.

    Contoh Persekutuan yang lain - USA UAE INDIA

    Sebuah NEGARA ada Wilayah- seperti
    THAILAND - (WILAYAH SELATAN) INDONESIA (WILAYAH ACHEH yang kini ada kuasa autonomi - tidak terpusat kepada pemerintahan negara Indonesia dalam sesetengah hal yang di tafsirkan di bawah autonominya - misalnya perundangan Islam dan pencukaian hasil bumi)

    Di Persekutuan WIlayah (kawasan) ialah Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya


    Masalah pengurusan air dan saliran ialah bidangkuasa Kerajaan Kelantan. KAlau tak tak cukup duit misalnya mintalah pada Pakatan/Persekutuan yakni Malaysia samada ehsan atau pinjaman. Bantuan atau pinjaman itu bukan satu hak tetapi ianya merupakan satu kelebihan sebagai ahli PERSEKUTUAN.

    Perlu ingat duit PERSEKUTUAN ialah duit bersama ahli PERSEKUTUAN.

    ReplyDelete
  3. Kelatan BUKAN WILAYAH MALAYSIA. KELANTAN juga tidak autonomous. KELANTAN berdiri sendiri seperti negara-negara lain dalam PERSEKUTUAN. Kelantan ialah jajahan takluk SULTAN KELANTAN.

    Kelantan ialah sebuah NEGARA bebas merdeka yang menjadi ahli sebuah PERSEKUTUAN yang di kenali Sebagai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU asalnya yang kini di tukar kepada MALAYSIA selepas di sertai oleh TIGA buah NEGARA yang bebas MERDEKA (MERDEKA dari BRITISH) yakni SINGAPURA SABAH DAN SARAWAK - Yang mana selepas itu SINGAPURA menarik diri keluar dari PERSEKUTUAN.

    Malaysia bukan SEBUAH NEGARA - MALAYSIA ialah sebuah PERSEKUTUAN NEGARA-NEGARA.

    Contoh Persekutuan yang lain - USA UAE INDIA

    Sebuah NEGARA ada Wilayah- seperti
    THAILAND - (WILAYAH SELATAN) INDONESIA (WILAYAH ACHEH yang kini ada kuasa autonomi - tidak terpusat kepada pemerintahan negara Indonesia dalam sesetengah hal yang di tafsirkan di bawah autonominya - misalnya perundangan Islam dan pencukaian hasil bumi)

    Di Persekutuan WIlayah (kawasan) ialah Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya


    Masalah pengurusan air dan saliran ialah bidangkuasa Kerajaan Kelantan. KAlau tak tak cukup duit misalnya mintalah pada Pakatan/Persekutuan yakni Malaysia samada ehsan atau pinjaman. Bantuan atau pinjaman itu bukan satu hak tetapi ianya merupakan satu kelebihan sebagai ahli PERSEKUTUAN.

    Perlu ingat duit PERSEKUTUAN ialah duit bersama ahli PERSEKUTUAN.

    ReplyDelete
  4. bat8

    Memang banyak cerita derita mangsa kerana ketidak cekapan pasukan bantuan dan penyelamat.

    Pada hari ketiga banjir melimpahi kota bharu. Isteri abe call pusat penempatan banjir di sk. bunut payung. di ceritakan sejak semalam mereka tidak menjamah makanan dan tidak ada sesiapa pun menjenguk.

    Abe call Tok Gawa minta beliau arahkan penghulu untuk meninjau dan hulurkan bekalan makanan.

    Alhamdulillah petang hari itu bekalan makanan sampai tetapi letrik dan air terputus. Tak apalah asalkan ada makanan

    ReplyDelete
  5. Banjir datang dan pergi tiap tiap tahun , namun keadaan pengurusan nya makin teruk. Rata rata makan gaji buta saja.

    Sampan bot tak cukup lah , genset tak cukup lah.... Ini bukan Fukushima , tapi tiap tiap tahun ber laku.

    Bahalol saja.

    Bila orang orang malas dan tak ber tanggung jawab di bagi amanah , maka salah nya pada rakyat.

    Bahalol saja.

    ReplyDelete
  6. Kalau nak cari salah mmg byk, semua org ade salah, isu bencana alam ini manusia tidak mampu menghalang, manusia hanya mampu berusaha mengurangkan kesan, kalo nak salahkan PAS memerintah senang saje ckp, bagaimana BN memerintah dengan terowong SMART yg tak berapa SMART habis beratus juta tetapi KL masih jgk mengalami banjir kilat nak dibandingkan dgn Kelantan dengan peruntukan oelh Pusat yang terhad, dan Royaltinya dinafikan sehingga Pusat enggan mendedahkan perjanjian asal berkaitan Royalti? Sekiranya Pusat ini hebat dan BN ini agung, banjir di KL tidak sepatutnya berlaku. Hendak dibandingkan dengan negara maju, Jepun yang maju pn tak mampu apabila gempa bumi yang kuat melanda negara tersebut turut memusnahkan harta benda dan nyawa,

    Kpd Bat8 : bercakap sila menggunakan akal yang ada, lain lah jika kamu tidak berakal dgn kata lain, seperti binatang atau lembu yg tak berakal.

    ReplyDelete
  7. Sudah tiba parti ketiga take over... Bn memg bebal dgn rasuah,... Najib harap ke yiddin .. Yiddin hilang xtau kemana cuma timbul dua hari sebelum najib bali... Aemua menteri hilang... Pas plk xbersedia .. Unit amal xmampu tolong dan memang pas xlayak perentah negara... Sekarang kna cari parti alternatif dlm membantu rakyat... Lebai dok doa tp lupa nk bg makan... Depa mkn kenyang xpa... Ni le yg cuma pandai ckp dan suruh org bersabar ... Kalau kna diri sendiri tentu mengamuk besar... Rakyat kelantan kna ajar semua bik bn mahupun pas....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa