Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 25, 2014

Edisi Meluat: Berbalahlah Kamu.......!

Link ini pula berbalah sama sendiri: PAS Pusat maklum cadangan enakmen hudud Kelantan, kata timbalan MB
Jangan risau....walau pun satu undi tetap ditangan kami
Kalau aku dah empat undi dah......

Mohd Amar patut keluar PAS – Kok Seong
 | December 24, 2014
Kenyataan beliau itu mengelirukan dan menyimpang jauh daripada konsensus dan dasar bersama PR yang telah dimeterai sejak enam tahun lalu.
Teo Kok SeongPETALING JAYA: Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan (DAPSY) Teo Kok Seong mengecam Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah kerana merosakkan hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu tegasnya, Mohd Amar sepatutnya dikeluarkan daripada PAS kerana sikapnya tidak matang dan bukan parti tersebut yang keluar daripada pakatan.
Beliau melahirkan kekesalan kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mengatakan PAS menganggap matlamat menawan Putrajaya sebagai perkara kedua selepas Hudud.
Kok Seong berkata, sikap yang ditunjukkan Amar amat dikesali, sambil menambah, ”bukan PAS atau DAP yang harus keluar dari Pakatan Rakyat (PR), tetapi mungkin Amar orangnya yang patut meninggalkan PAS daripada terus berada di dalam PAS sambil merosakkan hubungan baik sesama rakan-rakan parti gabungan.”
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu dalam wawancara dengan Malaysiakini menyatakan, beliau tidak kisah jika PAS dikeluarkan daripada gabungan Pakatan Rakyat demi cita-cita mereka.
Sehubungan itu Kok Seong berkata: “Kenyataan sebegini sungguh bersifat kebudak-budakan yang tidak menampilkan sifat matang seorang yang berilmu dan berpengalaman.”
“Kami juga merasakan kenyataan beliau itu mengelirukan dan menyimpang jauh daripada konsensus dan dasar bersama PR yang telah dimeterai sejak enam tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, kenyataan Amar juga mengandungi makna tersirat yang menggambarkan PAS sanggup berpatah arang dengan rakan-rakan dalam PR.
Beliau berkata, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu seolah-olah telah hilang pertimbangan waras akibat desakan segelintir kelompok yang cuba menggagalkan usaha PAS bersama rakan-rakan PKR dan DAP untuk mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang korup.
“Dalam suasana bencana alam yang khususnya melanda Kelantan serta negeri-negeri di pantai timur, seharusnya beliau dan pentadbirannya lebih bertenang dan menumpukan segala usaha, masa dan keupayaan jentera yang ada untuk membantu dan mengurus keperluan, kesihatan, keselamatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir.
“Bukannya bercakap tentang sesuatu yang begitu menyimpang daripada dasar bersama PR yang telah kita sepakati,” ujarnya.

3 comments:

  1. PAS Bahalol.

    Itu saja.

    ReplyDelete
  2. Temuilah mangsa2 banjir tu.
    Rasailah denyut nadi kesusahan rakyat ketika ini.
    Buat apa berseronok bermain golf??

    Nak jugak laksanakan GST april nanti? Nak cekik jugak leher rakyat yang sedang dalam kesusahan inikah?

    Tak payah baliklah....pegi main golf kat sana aje..

    ReplyDelete
  3. Seboleh2nya Pas tak nak keluar dari Pakatan Rakyat. Tetapi bila cacing sudah naik ke mata, kepala sudah dipijak-pijak, rasanya tak perlulah duduk semeja lagi. Duduk semeja pun bukan ada maknanya kalau Dap dan PKR asyik bermain kong kalikong.

    Tak gitu admin?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa