Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 27, 2014

Gila: Peluru pelancar roket anti kereta kebal dibawa ke dalam rumah?

Polis sahkan peluru pelancar roket anti kereta kebal punca letupan di Gurun
Bernama |Kemas kini:Disember 27, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 27, 2014 18:13 MYT)

Polis sahkan peluru pelancar roket anti kereta kebal punca letupan di Gurun
Suasana di sekitar rumah mangsa di Taman Ria Mesra II yang musnah selepas kejadian letupan. - Foto Bernama
GURUN: Polis hari ini mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra II di sini, yang mengorbankan tiga nyawa Rabu lepas berpunca daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata peluru berkenaan, "High Explosive Anti-Tank" adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Letupan itu berpunca daripada peluru pelancar roket, yang digunakan untuk memusnahkan kereta kebal," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian hari ini, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan ATM untuk menyiasat perkara itu.

Katanya, pihaknya percaya terdapat lebih daripada satu bom yang meletup kerana kawasan kawah letupan itu luasnya kira-kira satu meter, tetapi siasatan masih dilakukan.

"Bom (peluru) itu memang digunakan oleh ATM dan mangsa yang meninggal itu cuba mengabstrak item berharga di dalam peluru," katanya. 

Zakaria berkata polis kini masih mengutip serpihan daripada bom yang meletup untuk membantu siasatan selain merakam percakapan daripada penduduk taman berkenaan.

"Kita juga mendapat kerjasama baik daripada ATM demi meningkatkan SOP (Standard Operation Procedure), jika ia perlu diperbaiki.

"Kita akan teruskan siasatan untuk mengenal pasti macam mana bom (peluru) itu dibawa keluar daripada kem latihan tentera," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sehingga kini polis menerima 61 laporan polis berhubung kerosakan rumah yang dialami penduduk taman terbabit.

Dalam kejadian Rabu lalu, sebuah bom meletup di rumah milik seorang anggota tentera menyebabkan tiga maut dan dua mangsa cedera parah, manakala lebih 40 rumah terjejas akibat kesan letupan.

Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Nur Idayu Syahirah Ayob; serta anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4, maut.

Sementara itu, isteri Ayob, Sharifah Azlina Hashim, 30, yang mengandung enam bulan, dan jirannya Zuraida Mat Rotebe, 30, (ibu Aqif) cedera parah.

Anak dalam kandungan Sharifah Azlina dilaporkan meninggal akibat kejadian itu.

3 comments:

  1. INILAH KEHEBATAN ORANG MELAYU KITA YANG MANA KESUDAHAN NYE IA MENJADI BAHAN LAWAK JENAKA YANG BOLEH MEMBUAT KITA SEHINGGA TERKENCING DALAM SELUAR.DULU WANITA MONGOLIA YANG BERNAMA AL TANTUYA.MENGIKUT CERTA NYE AMAT TAK MASUK AKAL DARI SEGI HUKUM NYE.DIA DATANG NAK MITA WANG KOMISEN KAPAL SELAM.WANITA YANG MENGANDONG INI ADA SANGGUP MEMBUNUHNYE DENGAN CARA MENGUNAKAN BAHAN LETUPAN C4.DAN AKHIRNYE WANITA INI BERKECAI AKIBAT BOM INI.DAN BILA DI MAKAMAH TIADA YANG BERSALAH LAGI BAIK PIHAK IMIGRESEN MALAYSIA TELAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN CUKUP BAIK SEHINGGA DAPAT MENGHILANGKAN REKOD DATA KEDATANGAN WANITA MONGGOLIA YANG MATI DIBOM KENEGARA INI.TANIAH DAN SYABAS KITA UCAPKAN KEPADA SEMUA PENJENAYAH INI.MOGA MOGA DISATU HARI NANTI AKAN TERJADI PADA ANAK BINI KELUARGA KAMU YANG TERDEKAT.AMIN.KINI TIMBUL SATU LAGI KEHEBATAN DIMANA BOM OLEH ORANG MELAYU JUGA YANG MENGGERGAJI BOM DAN SAH UNTUK MENJUAL TEMBAGA

    ReplyDelete
  2. Orang orang Melayu memang bijak tak ber tempat....

    Dari Hang Tuah ke Hang Bahalol.

    Ada saja...


    Ini nak buat mercun kot. Nak beli tal de duit...

    Macam macam.

    ReplyDelete
  3. Mungkin lambat dapat Br1M kut...sekolah dah nak buka, baju anak belum beli lagi. Terpaksa curi roket untuk dijual sebagai scrap metal kepada kelin botoi....
    Semoga mati syahid...atau diampunkan dosa....Aminnn

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa