Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 23, 2014

Ini Lebih Penting Dari Batu Sumpah!

Penduduk kampung mahu BN tepati janji
 | December 23, 2014
Penduduk kampung sudah letih dengan janji-janji yang dibuat oleh kerajaan semasa pilihan raya.
jkkk_300TENOM: Kira-kira 3,000 penduduk daripada lima buah kampung di daerah ini kecewa terhadap tindakan kerajaan mengubah pelan asal untuk menaik taraf sebatang jalan raya sepanjang 24 kilometer dengan projek lain.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Alutok, Marusin Paliton berkata, penduduk kampung kecewa apabila kerja menaik taraf jalan yang dijadualkan dari Kg Kaang ke Kuala Tomani tidak dilaksanakan.
Beliau berkata penduduk kampung dari Kg Ulu Tomani, Kg Kaang, Kg Malutut, Kg Ahisal dan Kg Alutok telah menunggu selama 10 tahun.
Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa Jabatan Kerja Raya telah menaik taraf kawasan Kuala Tomani ke kawasan Skim Kuala Tomani yang tidak dijanjikan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan juga semasa pilihan raya.
“Kami mempersoalkan mengapa pelan telah diubah. Kami tidak mahu ini digunakan oleh pembangkang untuk menyalahkan kerajaan,” kata Marusin.
Beliau menambah: “Kami tidak dapat menunggu lagi untuk jalan dinaik taraf. Kini penduduk kampung telah letih dengan janji-janji yang dibuat oleh kerajaan semasa pilihan raya dan juga oleh para pemimpin.”

2 comments:

  1. Bahalol

    Pilih pemimpin bahalol buat apa ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia yg bijak patut ambil pengajaran dari ikan sepat, hanya makan umpan tapi tidak mata kailnya.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa