Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 29, 2014

Isyarat ELT penerbangan QZ8015 masih belum dapat dikesan

UPDATED: Dec 29, 2014 03:02pm - TRP
Petugas BASARNAS tekun mencari isyarat ELT pesawat AirAsia penerbangan QZ8015 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad. - Foto: Antaranews

KUALA LUMPUR, 29 Disember:

Badan Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia (BASARNAS) belum menemui isyarat ‘Emergency Locator Transmitter’ (ELT) pesawat AirAsia QZ8501 yang kebiasaannya akan memancarkan signal apabila sesebuah pesawat terhempas.
Media Indonesia, Antaranews melaporkan Ketua Basarnas Marsda Tentera Nasional Indonesia (TNI) FH Bambang Soelistyo sebagai berkata, sehingga kini isyarat ELT itu tidak dapat dikesan.
Katanya, isyarat ELT yang sepatutnya terpancar akibat hempasan, tidak dapat dikesan alat pengesan yang digunakan negara lain, katanya.
Soelistyo berkata punca ELT tidak dapat dikesan akan disiasat Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Negara (KNKT).
Beliau berkata, BASARNAS berjaya mendapatkan titik koordinat terakhir dan melakukan pencarian di selat Karimata, sebelah Barat Kalimantan dan perairan Bangka Belitung di Sumatera.
“BASARNAS memiliki alat pengesan isyarat ELT yang mudah dibawa ke mana saja sepanjang proses pencarian,” ujarnya.
Sementara itu, kumpulan Badan Daerah Kepulauan Bangka Belitung dilaporkan memfokuskan pencarian pesawat Airbus 320 AirAsia di sekitar Pulau Nangka Belitung Timur.
Ketua Badan Misi Mencari dan Menyelamat Daerah Kepulauan Babel, Joni Superiadi berkata pihaknya menumpukan usaha mencari di sekitar perairan Pulau Nangka.
“Berdasarkan maklumat yang kami terima, ada seorang nelayan yang mendengar bunyi ledakan di sekitar pulau tersebut semalam,” katanya di Kapal SAR RB201 di Perairan Belitung, hari ini.
Katanya, kumpulan SAR Babel akan berpecah kepada dua, mengelilingi pulau dari dua arah bagi misi mencari sekitar Pulau Nanas yang jaraknya 30 batu daripada Manggar.
“Fokus pencarian di sekitar Pulau Nangka yang berada di koordinat 1083200SE-022900S,” katanya.
Joni berkata, pihaknya pada awal merancang untuk mencari di koordinat 03.22.46LS dan 108.50.07BT, namun berdasarkan maklumat daripada BASARNAS yang terlebih dulu ke tempat kejadian tidak menemui sebarang petunjuk.
Pesawat AirAsia QZ8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan daripada radar pengendali pesawat di Soekarno-Hatta dan radar Kohanudnas pada jam 6.18 pagi waktu tempatan dan disahkan hilang pada 7.55 pagi waktu tempatan.

1 comment:

  1. Ada hantu lah tu....

    Orang tak naik MAS dan Air Asia habis ekonomi negara , tiada pelancong tiada pelabur.

    Pasti ada sebab mungkin Mat Bahalol tak setuju sesuatu , maka di buat negara merana.

    Dulu MAS sekarang Air Asia.

    Duit ringgit dah jatuh tahap ruppiah.

    Kena bala banjir lagi , yang pasti pemimpin lahanat mesti di tukar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa