Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 20, 2014

Rakyat Berani Bersuara Kerana Mahathir mulakan?

Mana yang baik kita ambil – Tun M
 | December 20, 2014
Kini semakin ramai yang berani menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan berbanding dulu, yang berubah selepas beliau memulakannya.
tun mahathirKUALA LUMPUR: “Saya tidak tahu pandangan itu baik atau tidak,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang memperlekehkan kritikan ahli akar-umbi UMNO sebagai suara kecil.
Sambil menyifatkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu sebagai bersifat peribadi, beliau berpendapat, setiap pandangan sepatutnya dinilai dulu, “Pada saya mana yang baik kita ambil mana yang buruk kita tolak.”
Free Malaysia Today sebelum ini melaporkan, bekas AJK Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Hussin yang menyifatkan Khairy sebagai sombang dan tidak sedar diri apabila memperlekehkan kritikan Syed Rosli Jamalulail terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Shahbudin juga mempersoalkan bolehkah Ketua Pemuda UMNO itu menang pada pilihan raya umum di kawasan yang ditandingi jika tanpa kerja keras golongan bawahan dalam UMNO.
Dr Mahathir berkata, kini semakin ramai yang berani menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan berbanding dulu, yang berubah selepas beliau memulakannya.
Menurutnya, apa yang disuarakan oleh beliau adalah hasil maklumat yang disampaikan kepadanya tentang perasaan ketidakpuashatian mereka.
“Oleh kerana saya suarakan pendapat mereka, saya lihat mereka lebih berani untuk suarakan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan Ucap Tama di Majlis Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (Nusa’ 14), di Akademi Kenegaraan.
Sebelum ini Naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.
Beliau berkata, siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi syarikat tersebut.

1 comment:

  1. HINDU PARIA INI TELAH MENJAHANAMKAN NEGARA SELAMA 22 TAHUN.DAN KINI ANAK DIDIKNYE MENJAHANAMKAN LEBIH TERUK LAGI

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa