Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 21, 2015

Najib sakit, Azmin pula cari penyakit?

Risaukan RM30 bilion DEIG bukan sekadar RM2.6 bilion, kata menteri Umno
Published: 21 August 2015 2:09 PM
Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pihak pembangkang sepatutnya lebih adil memberi kritikan dalam isu DEIG. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.

Pemimpin pembangkang seharusnya berlaku adil dalam melemparkan kritikan kerana isu RM30 bilion di bawah Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) lebih besar berbanding dana RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun tertentu, kata Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata pemimpin pembangkang seharusnya lebih berasa bimbang dalam isu DEIG kerana banyak persoalan yang masih belum dijawab oleh Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
"Saya melihat pemimpin pusat pembangkang itu sendiri tidak sangat seimbang. Kalau RM2.6 bilion seolah-olah esok kiamat respon daripada mereka.
"Kemungkinan RM30 bilion aset GLC diletak dalam sebuah syarikat yang hanya mempunyai RM2 modal berbayar, itu sepatutnya menjadi kerisauan kepada mereka juga," katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini. – 21Ogos, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa