Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 25, 2015

Kata kat orang, kita lagi tak malu dah cerai masih duduk serumah!

'Jika gentleman kosongkan kerusi, biar rakyat tentukan'


PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan dalam pilihan raya umum akan datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, lapor Bernama.
Katanya jika anggota GHB bercadang untuk bertanding dalam pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS.
"30 tahun akan datang sejarah akan mengingati GHB sebagai parti yang memenangkan BN dalam PRU akan datang dan inilah faktor kekalahan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru," kata Mohd Khairuddin dalam sidang media semalam.
Ditanya mengapa PAS tidak memecat serta-merta anggota yang meletak jawatan dan menyertai GHB, Mohd Khairuddin berkata Perlembagaan PAS menyebut bahawa keanggotaan akan terlucut dengan sendirinya apabila mana-mana anggota menyertai parti lain.
"Jika gentleman kosongkan kerusi (bagi ADUN dan anggota Parlimen yang berhasrat sertai GHB), ...biar rakyat tentukan," katanya sambil mendakwa anggota GHB seolah-olah bertindak seperti jurucakap kepada DAP yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
Kelmarin, sebanyak 18 AJK PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan bagi menyertai GHB. Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan. - sumber

10 comments:

  1. Jangan dilayan gentleman kepimpinan cai. Nak menang pun pakai cai.... ada hati nak suruh orang kosongkan kerusi. Cai2 ni bukan faham perlembagaan baik perlembagaan malaysia, malah perlembagaan parti sendiri.... kalau tak tak jadilah kes nak bentang hudud sendiri2.

    Ini aku nak jaskan kenapa GHB tak keluar lagi? Sebab mereka sedang mencabar pemimpin pas... itupun pemimpin pas tak faham.

    1) nak tunjuk bahawa pemimpin pas sekarang lembab.
    2) nak tunjuk bahawa pemimpin pas sekarang bangang.
    3) nak tunjuk bahawa pemimpin pas sekarang penakut.
    4) nak tunjuk bahawa pemimpin pas sekarang buta perlembagaan.
    5) nak tunjuk bahawa pemimpin pas sekarang lemah.
    6) nak tunjuk bahawa pemimpin pas sekarang tak ada kemampuan.
    7) nak tunjuk bahawa pemimpin pas sekarang tiada kreadibiliti.
    8) nak tunjuk bahawa pemimpin pas sekarang IS NOTHING... TONG KOSONG.

    SATU LAGI SAJA NAK BERI PEMIMPIN PAS SEKARANG KELUARKAN KENYATAAN BODOH SUPAYA MASYARAKAT MENGENALI INILAH KEPIMPINAN TERBARU PAS.

    JADI KALAU NAK AMBIL TINDAKAN KENA SEGERA SEBAB KALAU PARTI BARU TERTUBUH... PAS TAK BOLEH SENTUH MEREKA UNTUK SELAMA-LAMANYA.... ADA FAHAM?

    ReplyDelete
  2. bila azmin akan gugurkan exco2 pas dll? apa yg pas perlu buat supaya azmin singkir pengkhianat2 pas ini dari pentadbiran Selangor?

    adakah azmin sygkan pas krn:

    1. hadi hina presiden sbg tak layak jd mb?
    2. hadi biadap dgn ketua umum?
    3. hadi tak sokong presiden di permatang pauh?
    4. hadi fitnah calon pkr pru lepas?
    5. hadi letak calon di kerusi2 pkr menyebabkan pkr kalah?
    6. hadi cuba rasuah azmin dgn jwtn mb?
    7. hadi dan haron sokong najib?
    8. hadi sokong Khalid?
    8. PKR TAK CALONKAN AZMIN SBG MB DULU?

    ReplyDelete
  3. Itulah keistimewaan Pas....
    Kalau tak ikut kata presiden maka mereka akan dikaitkan sebagai "membawa suara Dap"...
    Tak boleh nak berselisih pendapat langsung. Sapa suara lain sikit terus saja kait dengan Dap, dengan kafir.....

    Kesian sungguh tengok parti macam ni

    ReplyDelete
  4. Siapa suruh mulut celupar dan tikam belakang

    ReplyDelete
  5. I voted for this mangkok during two previous elections....but not this forthcoming one.....

    ReplyDelete
  6. "30 thn akan dtg org kata umno menang sbb ghb" kata mangkok hayun....

    -org yg bodo saja akan pikir mcm dia pikir.
    -org akan ingat ghb kluar sbb kena baruakan hadi.
    -org akan ingat umno menang sbb hadi puji dan sokong pm 2.6 dan 43
    -org akan ingat pas kalah sbb kena terajang keluar pr sbb kera sumbang
    -orang akan ingat bahawa dulu2 pas kuat sbb tak tamak jawatan, pangkat dan anak sendiri/ anak hantu/ menantu

    ReplyDelete
  7. kah kah kah mmg sah tak da telur ..........usahkan telur asin , telur tembelang pun tak da ! GHB oh GHB !

    ReplyDelete
  8. Abe

    Dalam PRU 13, PAS, DAP dan PKR tidak bertanding bersendirian dengan menifesto masing-masing. Semua calon dari PAS, DAP dan PKR bertanding sebagai calon PR menggunakan platform dan menifesto utama PR.

    Orang PAS sekarang mula menjaja bahawa Adun dan MP PAS yang hendak join GBH kena letak jawatan kerana mereka menang atas tiket PAS dalam PRU 13. Buktinya PR tidak wujud sebab xdaftar seperti BN.

    Ini xbetul. Berdaftar seperti BN dgn ROS itu salah satu cara membuktikan semua calon bertanding atas tiket PR. Pendaftaran dengan ROS secara rasmi apa kelebihannya kerana PAS, DAP dan PKR telah berdaftar sebagai parti politik dgn ROS? Kelebihan yg terpenting ialah semua calon dari PAS, DAP dan PKR IALAH KESEMUA CALON PR BOLEH MENGGUNAKAN SATU LOGO PR SAHAJA.

    Now, PR telah 2 tahun lebih sebelum PRU 13 cuba mendaftar PR sebagai gabungan seperti BN tetapi ROS masih xmau daftarkan sehibgga PR diruntuhkan oleh HH dan geng ( menggunakan platform PAS) Mengapa? Ia adalah helah UMNO sahaja.

    Jadi selain dari berdaftar dgn ROS, ada 2 bukti lain bahawa PR wujud dan calon2 dari PAS, DAP dan PKR bertanding diatas platform dan menifesto utama PR.

    Bukti pertama adalah dasar Tahaluf Siyasi PAS sendiri. Tahaluf siyasi ini merupakan kaedah khusus yg diluluskan oleh MSU dan muktamar PAS untuk membolehkan PAS menyertai PR. Kakau tahaluf siyasi ini xde, macamana PR itu wujud?

    Kedua, sejak tahaluf siyasi berjalan, secara rasminya semua aktiviti politik PAS, DAP dan PKR berjalan dengan melibatkan ketiga-tiga rakan ini dan dibuat atas nama PR.

    Jadi mengatakan calon PAS bertanding diatas nama PAS dlm PRU 13 kerana menggunakan logo PAS adalah tidak betul. Penggunaan logo parti mading2 tetapi membawa platform dan menifesto PR adalah kerana kenkangan undang2 dimana ROS melengah2kan pendaftaran PR sebagai gabungan seperti BN kerana untuk memberi kelebihan kepada BN dalam PRU 13....itu sahaja.

    Jadi dakwan yang Adun dan MP PAS yg menyertai GHB perlu meletak jawatan kerana mereka menang diatas tiket PAS xbetul. Semasa PRU 13, PAS, DAP dan PKR tak bertanding sebagai parti masing2. Semua bertanding atas tiket PR. Jentera kempen PAS, DAP dan PKR semasa kempen PRU 13 bergerak atas nama PR.

    Ambo kira penerangan pendek ini jelas untuk membetulkan persektif yang dijaja oleh orang PAS dlm isu ini.

    bersambung....

    ReplyDelete
  9. Abe

    ....... sambungan
    Saya akan tulis selepas ini mengenai isu baiah yang cuba digunakan oleh ol3h PAS untuk menghalang Adun dan MP PAS yang menang atas tiket PR dlm PRU 13 menyertai GBH.

    Sebagai permulaan gini. Baiah yang diangkat oleh oleh calon2 PAS yang mewakili PR itu seb3narnya adalah aku janji. Dalam PR semasa PRU 13, calon2 PKR juga kena buat aku janji tidak akan melompat keluar parti PKR sekiranya menang. Akujanji PKR ini kalau tak silap, jika lompat, kena bayar gantirugi RM 5 juta.

    Jangan kata PAS sahaja ada baiah/akujanji, PKR juga ada akujanji tetapi xdinamakan baiah seperti akujanji PAS yang disebut baiah. Saya xpasti DAP ada ke tak akujanji seperti PKR atau PAS. Rasanya ada juga.

    Aku janji PKR dan baiah PAS ini adalah mekanisme dalam PKR dan PAS yang dibuat untuk memastikan tiiada pembelotan dari parti masing2 setelah menang kepada PR. Ini kerana semia calon PAS, DAP dan PKR bertanding dlm PRU 14 atas tiket PR.

    Mengapa saya kata keduanya merupakan mekanisme dalaman PKR dan PAS? Sebab masa itu masing2 tak bertanding secara bersendirian. Semua kepentingan setiap rakan dalam PR masa itu semuanya berada diatas nama PR bukan larti masing2. Jadi masing2 mengadakan mekanisme akujanji/baiah ini untuk mengelak ahli larti masing2 melomlat keluar parti dan meruntuhkan PR itu sendiri.

    PKR mengambil langkah ini untuk mengelak berulangnya apa yang berlaku di Perak selepas PRU 2008 yang meruntuhkan kerajaan PR Perak.

    Di lehak PAS pula ia adalah untuk menjamin kerajaan PR yang didominasinya tidak berada didalam situasi seperti kerajaan PR Kelantan dibawah TGNA di Kelantan satu ketika bertahan hanya dgn kelebihan 1 kerusi sahaja.

    Itu tujuan mengapa PAS mengadakan baiah dan PKR mengadakan akujanji dalam PRU 13.

    Sekarang PR sudah runtuh dan diruntuhkan oleh PAS sendiri. Dengan runtuhnya PR kepentingan PAS didalam PR sudah xde. Ini bermakna baiah yang dibuat juga sudah xde makna dan terungkai.

    Walaupun PR sudah runtuh, mandat jawatan yang dipegang oleh Adun dan MP PAS yang menang dalam PRU 13 masih lagi mandat yang terkandung dalam menifesto PR dalam PRU 13.

    Jadi dengan runtuhnya PR, Adun dan MP PAS yang hendak menyertai GBH tidak terikat lagi dengan baiah. Lagipun mereka menyertai GBH untuk meneruskan mandat jawatan Adun dan MP tersebut melalui sebuah pakatan baru yang akan meneruskan agenda PR yang telah berkubur.

    Yang patut meletak jawatan ialah Adun dan MP PAS yang menang diatas platform PAS ingin kekal didalam PAS setelah PR berkubur dan mengunakan jawatan tersebut diatas platform PAS pula.


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa