Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 21, 2015

Undang-Undang tunggang terbalik: Siapa pelupornya?

UNDANG-UNDANG TUNGGANG TERBALIK

1. Terdapat satu percubaan yang terang-terangan oleh Najib dan para penyokongnya untuk menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

2. Jadi, tindakan Najib memberhentikan siasatan ke atas 1MDB dan pemilikannya wang sejumlah RM2.6 bilion dibuat kelihatan halal dan betul manakala para penyiasat yang bertindak sepenuhnya mengikut undang-undang negara dituduh bertindak di luar terma rujukan mereka dan oleh itu tidak sah. Bagi menyokong komen mereka, mereka mencipta terma rujukan pasukan petugas.

3. Sebaliknya beliau dan penyokongnya cuba untuk menjadikan undi tidak percaya terhadap beliau oleh Parlimen sebagai tidak wajar dan merupakan satu penyalahgunaan sistem demokrasi dan usaha haram untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat. Tetapi semua orang tahu bahawa undi tidak percaya adalah benar-benar sah.

4. Najib seolah-olah sudah terlupa bahawa BN menggulingkan Kerajaan Perak yang dipilih dengan mendakwa ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. Ia sepatutnya berbuat demikian melalui undi tidak percaya. Tetapi BN tidak pasti bahawa ini akan mendapat sokongan majoriti jika Dewan Undangan Negeri bersidang. Oleh itu, ia membawa kes ke bawah duli Raja walaupun tiada peruntukan dalam perlembagaan atau undang-undang negara yang membolehkan Raja menolak kerajaan yang dipilih.

5. Undi tidak percaya adalah perlu sekarang kerana Najib telah membuat ahli-ahli Parlimen BN terhutang budi kepada beliau dengan memberikan mereka jawatan yang lumayan dalam Kerajaan. Malah mereka yang telah datang kepada saya untuk mengadu tentang pentadbiran Najib sebelum ini, apabila diberi jawatan dalam kerajaan beliau, kini telah berubah pendirian mereka. Salah seorang daripada mereka yang mendakwa mempunyai bukti dokumentari salah laku Najib, kini dengan senang hati menyokong beliau setelah dijadikan Menteri.

6. Anggota Parlimen BN yang lain juga telah berpusing selepas satu ceramah tertutup yang pendek dan rayuan untuk ketamakan. Sharir kini mendakwa adalah wajar untuk menerima wang dari Presiden. Ia adalah benar-benar tidak wajar. Semua sumbangan pada masa lalu telah disalurkan kepada dana parti yang dikendalikan oleh pemegang amanah. Sokongan untuk Presiden hanya sekadar yang dia melaksanakan dasar-dasar parti. Ini bukan peribadi baginya. Beliau telah secara terbuka berkata, oleh sebab mereka menerima wang daripadanya mereka perlu menyokong beliau. Ini adalah rasuah. Apakah Presiden memberi rasuah kepada pemimpin UMNO untuk mendapatkan sokongan mereka? Rupa-rupanya ini adalah apa yang dia lakukan. Beliau telah korupkan UMNO dan orang-orang yang menerima wang daripadanya menyokong rasuah dalam parti. Sebenar-benarnya Najib telah jadikan UMNO, parti yang memenangi kemerdekaan untuk Malaysia, sebuah parti teruk dan korup. Orang ramai meluat dengan UMNO sekarang.

7. Sekarang bakal penyokong undi tidak percaya BN telah dinamakan secara umum untuk “gempaq” (intimidate) mereka. Mereka dituduh bekerjasama dengan pembangkang. Ini adalah amaran kepada ahli-ahli BN yang lain supaya jangan menyokong usul undi tidak percaya. Mungkin perlu sekali lagi untuk memberi Ahli Parlimen BN percutian di Taiwan.

8. Pembangkang benar-benar mahu Najib terus memimpin BN kerana ini akan memastikan kemenangan bagi mereka dalam pilihan raya akan datang. Tetapi prospek adanya PM yang menggunakan wang untuk memenangi sokongan dan yang tunggang terbalikkan undang-undang tidak menarik kepada pembangkang untuk lebih lama lagi. Jadi khabar angin undi tidak percaya mereka mungkin benar.

9. Tetapi dari laporan dan komen dalam media alternatif pemangkang dan kebanyakan rakyat Malaysia benar-benar bimbang dan marah dengan penyalahgunaan kuasa Najib. Penipuan dalam pilihan raya akan bukan lagi suatu perkara asing baginya untuk memastikan kemenangan pilihan raya akan datang.

10. Tetapi pembangkang tidak mempunyai bilangan anggota yang cukup. Jika desakan untuk Najib berundur oleh akar umbi UMNO dinilai, akan terdapat agak ramai juga Ahli Parlimen parti itu yang ingin melihat Najib dibuang. Mereka tidak percaya penjelasan yang karut tentang kehilangan wang 1MDB atau RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib. Ahli-ahli Parlimen ini boleh mengundi dengan pembangkang dalam undi tidak percaya.

11. Ini sudah tentu bukan satu perkara yang Ahli Parlimen BN suka lakukan. Mereka tidak mahu memainkan peranan dalam menjatuhkan Kerajaan BN. Jika pembangkang benar-benar berminat untuk memecat Najib, mereka akan hanya berbuat demikian jika Najib sahaja yang pergi tetapi Kerajaan BN kekal, yang diketuai oleh pemimpin lain.

12. Pembangkang perlu mencari formula yang akan menyaksikan BN masih membentuk Kerajaan tanpa Najib jika mahu sokongan Ahli Parlimen BN. Di bawah Kerajaan BN sebelum ini, pembangkang sentiasa memenangi kerusi di Parlimen dan mengalahkan BN dalam banyak Negeri. Kekurangan Najib menghormati undang-undang dan perlembagaan dan kesediaannya untuk membeli ahli-ahli politik dan penjawat awam boleh membawa makna akhirnya Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Ini mungkin bermakna tiada pembangkang seperti dalam UMNO, pembangkang bagi beliau telah dilenyapkan. - chedet.cc

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa