Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 25, 2015

Kami belum fikir soal pilihan raya

Kami belum fikir soal pilihan raya – Mat Sabu
PUBLISHED: Aug 25, 2015 08:01pm
Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu megadakan sidang media berkenaan perkembangan Gerakan Harapan Baru dan BERSIH 4.0 di sini sebentar tadi. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

SHAH ALAM, 25 Ogos: 
Gerakan Harapan Baru yang bakal membentuk satu parti politik pada 31 Ogos ini menegaskan masih tidak membincangkan secara serius berhubung pilihan raya umum mahupun pilihan raya negeri Sarawak.
Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata kenyataan ahli GHB, Khalid Abdul Samad sebelum ini berbentuk peribadi dan belum diputuskan dalam kalangan mereka.
“Kami belum bincang hal pertandingan pilihan raya, sekarang tumpu pendaftaran parti kemudian nanti kami nak tumpu menambah ahli dan mengangkat isu rakyat
“Itu pandangan Khalid, kita belum buat keputusan dan pandangannya itu nanti kita akan bawa dalam perbincangan. Kita pun tidak tahu pilihan raya Sarawak bila,” katanya di dalam sidang media di Pejabat GHB Selangor hari ini.
Jelas Mat Sabu, apa yang akan difokuskan GHB adalah untuk mendaftar parti dan juga mengumpulkan ahli seramai mungkin.
Pada 31 Ogos ini, GHB dijadualkan akan mengadakan pengumuman rasmi berhubung pembentukan parti politik baru.
Awal pagi ini, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad menyatakan bahawa GHB berkemungkinan akan bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Khalid dilaporkan turut berkata, penyertaan GHB dalam pilihan raya akan datang bergantung kepada senario atau pilihan kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR) 2.0 yang dijangka akan dimuktamadkan sebelum Oktober depan.
Menurutnya, sekiranya PR 2.0 terdiri daripada PKR, DAP, Pas dan GHB maka tidak akan sebarang pertembungan kerusi atau tiga penjuru di kawasan yang bertanding. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa