Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 31, 2015

Parti Amanah Negara: Senarai Kepimpinan

Senarai penuh penjawat jawatan kepimpinan Parti Amanah Negara

31 Ogos, 2015


MEREKA YANG MEMEGANG JAWATAN DALAM PARTI AMANAH NEGARA GUGUR KEAHLIAN PAS SECARA AUTOMATIK

Dengan pengumuman ini, keahlian parti lama bagi mereka yang terlibat memegang jawatan di atas, gugur secara automatik. Pengumuman parti baru, Parti Amanah Negara telah disempurnakan oleh Hj Mohammad Sabu ptg tadi, 31 Ogos 2015 di Vistana Hotel.

1. Mengambil alih Parti Pekerja Malaysia setelah permohonan Parti Progresif Islam ditolak.

2. Nama parti dikekalkan sehinggalah ROS meluluskan nama baru yang dicadangkan iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH).

3. Parti AMANAH akan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

4. Sekarang dalam proses tukar nama dan perlembagaan baru kepada ROS.

5. Majlis pelancaran akan diadakan pada 16 September 2015.

Berikut adalah nama-nama PEMEGANG JAWATAN:

Penasihat Umum:
Al Fadhil Ust Ahmad Awang

Pengerusi:
Hj Mohammad Sabu

Timb Pengerusi:
Hj Salahuddin Ayub

Naib-Naib Pengerusi:
1. Ust YB Dr Mujahid Yusof
2. Ust Hasanuddin Mohd Yunos

Ketua Wanita:
YB Dr Mariah Mahmud

Ketua Gerakan Anak Muda:
Sdr Mohd Sany Hamzan

Setiausaha Agung: Hj Anuar Tahir

Timb. Setiausaha Agung: Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Bendahari: Hj Asmuni Awi

Setiausaha Organisasi: Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa :

1. Dr Mohd Hatta Ramli
2. Dr Dzulkefly Ahmad
3. Ir Khalid Samad
4. Ir Izham Jashim
5. Hj Adly Zahari
6. Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
7. Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
8. Mazlan Aliman
9. Aminolhuda Hassan
10. Mohd Hanipa Maidin
11. Dato' Phahrolrazi Zawawi
12. Saari Sungib
13. Zulkifli Mohd Omar
14. Hu Pang Chaw
15. Dato Wan Abd Rahim Abdullah
16. Hasnul Baharuddin

*Dengan pengumuman ini, keahlian parti lama bagi mereka yang terlibat memegang jawatan di atas, gugur secara automatik.

8 comments:

  1. Biar aper pun hebat. Saya dan kelurga tetap bersama PAS dan Tuan Guru Hj Hadi.

    ReplyDelete
  2. Walaupun hebat, saya dan kelurga tetap bersama PAS dan Tuan Guru Hj Hadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:14

      Takpe....masing2 boleh memilih PAS atau PAN mengikut kesesuaianasing-masing. Kewujudan kexuanya sebenarnya satu rahmat dimana kedua-duanya menyediakan wadah kepada kelompok berlainan. Keduanya bertuhankan Yang Satu dan bernabikan yang satu. Sumber rujukan juga sama ialitu 4 sumber Islam yang sama. Yang berbeza adalah arah perjuangan untuk mencapai matlamat yang satu iaitu Mardhatillah.....xtimbul mana satu yang betul kerana hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.

      Jadi persaingan pasti wujud tetapi selagi keduanya berpegang kepada sumber yang sama, sepatutnya tidak timbul masaalah. Sekarang akan berlaku satu proses mencari titik keseimbangan antara kedua parti tersebut. Maknanya bila sudah wujud satu lagi parti baru, biasanya akan berlaku hijrah ahli2 sedia dalam PAS ke PAN kerana mereka mencari kesesuaian dalam perjuangan mereka. Ini proses biasa dan pasti terjadi. Kedua belah pihak hendakalah menerima peralihan ini sebagai satu proses biasa. Akhirnya akan berlaku satu titik keseimbangan yang baru.

      Delete
  3. Kawe sekeluarga d panchor akan bersama PAN.
    Bye2 hadi awe kluk klek

    ReplyDelete
  4. mana sama org yg berilmu dgn yg jahil? malah org yg berilmu tp tidak mengamalkan ilmunya adalah lebih jahat.

    hadi tak pernah minta maaf atas onar yg dilakukannya. menuduh pil kuda pun dia tak mengaku. ulama apa tu? itu belum lg sikap biadap pd anwar. hadi merestui segala label maki hamun walaun thdp puak pro yg merupakan ahli pas. dia juga tak ambil tindakan apabial geng ostad pijak2 gambar pemimpin pas.

    YB Husam ada minta penjelasan dr pas pusat dan majlis syoru dlm hal ini. adakah kedua badan ini merestui juga?

    ReplyDelete
  5. Biar lah si bahalol otak zaman batu dengan kawanan zaman batu nya

    Tak rugi berubah kepada yang lebih bijak matang dan professional

    Cukup cukup lah jaja jaja ayat Quran tuk cari makan kedudukan dan pangkat

    Tak guna tipu diri sendiri

    ReplyDelete
  6. Hey! I'm at work browsing your blog from my new apple iphone!

    Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts!
    Keep up the superb work!

    My web site: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing your thoughts about plenty of fish dating site of free dating.
    Regards

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa