Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 28, 2015

Rakyat Malaysia bangga dengan Pemberani ini: Dalam tentera ada Majer Zaidi, Polis ada Abdul Hamid Bador

Bekas orang nombor dua SB sedia terima hukuman kerana cakap benar 
Published: 28 August 2015 4:08 PM
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador sebelum ini memberitahu media tentang pertukaran tugas beliau ke Jabatan Perdana Menteri dan bersedia menerima surat tunjuk sebab kerananya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau menjangka akan menerima surat tunjuk sebab kerana bercakap kepada media mengenai pertukaran mendadak beliau dan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Saya akan terima, kalau itu hukuman kerana bercakap benar," kata Hamid kepada The Malaysian Insider hari ini.
Katanya, beliau akan cekal menghadapi "cabaran" yang bakal dihadapinya.
Bekas orang nombor dua perisikan itu berkata, beliau masih belum menerima surat itu, susulan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam yang surat tunjuk sebab akan dikeluarkan terhadapnya.
Khalid berkata, Hamid akan diminta menjelaskan mengapa beliau bercakap dengan media mengenai pertukaran tugas beliau ke sebuah bahagian jenayah merentas sempadan yang baru ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri.
Hamid juga memberitahu media mengenai pertemuannya dengan Khalid berhubung pertukaran itu yang akan menyaksikan beliau dilantik timbalan pengarah bahagian baru itu, melapor terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau pada minggu lalu memberitahu media, jawatan itu tidak wujud selama ini, malah Jabatan Perkhidmatan Awam sendiri sedang "memikirkan mengenainya".  – 28 Ogos, 2015.

4 comments:

  1. kalau betul ikhlas kerana Allah buat kerja banyak sudah toke jenayah telah disumbat dalam penjara
    orang politik bila ada kuasa lupa akan amanah
    banyak nampak benda mewah

    ReplyDelete
  2. Apasal lah pasal Najib seorang, habis ketua-ketua biarkan agensi di bawahnya jadi kucar-kacir dan porak peranda. Di negara lain Ketua Polis boleh tangkap Ketua Negara tapi disini jangan harap lah, langsung tidak dibela nasib anak buah sendiri.

    Apa tak boleh ke bahagian jenayah merentas sempadan diletak kan dalam agensi PDRM?

    Tapi ada juga eluk nya sebab jadikan tugas membawa sirul balik ke Malaysia dengan selamat sebagai misi yang pertama.

    ReplyDelete
  3. Krn org org spt ini lah maka malaysia akan terus selamat.terima kasih kerana keberanian mereka.ketua twiter hati hati penjahat akan dtangkap.anda mungkin akan terperangkap sekali.polis jahat mati pencuri jadi jaga

    ReplyDelete
  4. Kuasa merentasi amanah - Kuasa sifatnya tidak kekal selamanya.

    Setiap gerak diperhati oleh Tuan pencipta seluruh Alam termasuk makhluk .

    Setiap Amal baik atau buruk pastinya akan dihitung oleh Tuan segala tuan.

    Hidup cukup singkat tetapi Nafsu serakah selalunya mengabui akal manusia.

    Apabila tiba waktunya setiap manusia akan kembali keranjang berukuran 4 kaki x 7 kaki untuk disemadikan.

    Setelah terbujur kaku - kuasa * harta * pangkat tidak mampu menyelamatkan nya.

    Sesal dahulu pendapatan , Sesal berhadapan maut tidak berguna lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa