Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 12, 2015

PAS dan PKR: Siapa yang gila talak?

Pas berpatah arang dengan Pakatan Harapan

 | October 12, 2015
Ia mendakwa sudah serik dengan permainan DAP yang sering menjadikan parti itu sebagai mangsa serangan.
tuan-haji-man,pakatan-harapan
PETALING JAYA: Pas membuat keputusan tegas untuk tidak menyertai Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan permainan DAP.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sudah serik dengan permainan DAP dan tidak akan membiarkan ia menjadi mangsa serangan.
“Bagi Pas dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena.
“Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP ‘serang’ Pas selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik,” katanya yang dipetik daripada Antarapos
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada Ahad dilaporkan berkata, PKR masih mengharapkan Pas menyertai gabungan itu.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR juga dalam kenyataan media mengharapkan penyertaan Pakatan Harapan diperluas kepada Pas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Susulan kenyataan itu, Tuan Ibrahim menasihatkan PKR supaya menghormati dasar dan perjuangan Pas yang tidak mungkin dikorbankan semata-mata kerana mahu menyertai Pakatan Harapan.

3 comments:

  1. Jangan mengharapkan pada orang yg tak sudi.
    Terus maju PH

    ReplyDelete
  2. PAS ini politik bahalol

    PKR nak Rakyat BER SATU lawan si Mudharat

    Itu saja

    Tapi bila Bahalol standard PAS ingat ianya Gah dan Bijak

    BODOH MELAYU tanpa KESUDAHAN !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Encik Anon 2:29 PM. Jangan marah nanti boleh mereng macam orang yang kita marah. Kita tidak boleh buat apa-apa bila orang sakit tidak mahu berubat. Dulu saya berasa hairan dan dengan ilmu ugama yang cetek gagal untuk memahami mengapa ramai juga cerdik pandai ugama tidak aktif dalam PAS. Rupanya sekarang sudah terjawab: ramainya orang gila berkuasa dalam PAS lebih-lebih lagi bila orang seperti Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sudah tiada!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa