Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 12, 2015

Satira atau sindir?

Mereka yang ‘kebal’ – daripada penjenayah menjadi wira
10:00AM Okt 12 2015
oleh Mariam Mokhtar

SUARA LANTANG: Di banyak negara, sesetengah penjenayah berlagak seperti ketua negara, kerana mempunyai kuasa mutlak dan bertindak kejam. Sesetengah ketua negara pula berlagak seperti penjenayah, kerana merompak dan melakukan jenayah.
Kebanyakannya mendakwa diri mereka kebal.
Yang anehnya, kita menganggap sesetengah gangster ini seperti wira, dan memberikan status selebriti kepada mereka. Mengapa kita mewujudkan mitos berkenaan mereka? Mereka ini adalah samseng yang kejam, tetapi kita sering meromantiskan mereka.
Filem pecah panggung terbaru bertajuk “Legend”. Pelakon Brian Helgeland memainkan peranan kembar Krays, Reggie serta Ronald – seorang homoseksual – yang mendominasi London timur pada 1960-an. Mereka berkuasa dengan kejam. Walaupun memiliki sikap sadis, mereka dihormati ramai.
Ketua negara dan gangster miliki ciri-ciri serupa, seperti:
Pemakaian segak – Gambar kembar Kray diambil jurugambar selebriti David Bailey. Mereka memakai sut Saville Row, kemeja putih, tali leher halus ditambah dengan rambut hitam berkilat. Imej amat penting. Dan seperti ramai ketua negara, kembar Kray menampakkan imej yang “dihormati”.
Sukakan perhatian – Kebanyakan penyangak mengumpul kekayaan di balik tabir dan mengelak daripada perhatian ramai. Tetapi tidak dengan Reggie dan Ronald Kray. Mereka sukakannya dan suka menunjuk-nunjuk rakan selebriti mereka. Mereka berkawan dengan orang terkenal, seperti Diana Dors, Frank Sinatra, juara tinju Rocky Marciano dan Joe Louis.
Menutup mulut pengkritik – Tidak ramai yang berani bertelagah dengan kembar Kray. Mereka bersikap ganas dan akan menghukum sesiapa yang dirasakan melakukan kesalahan terhadap mereka. Ketua negara juga membuat perkara yang sama.
Disanjung pengampu – Walaupun dengan sikap yang ganas, ramai pengikut memandang tinggi dan melanggar undang-undang untuk mereka. Dan mendapat habuan yang besar.
Dimanja ibu – Ibu Ronald dan Reggie melayan mereka sebagai anak yang istimewa sejak dari lahir. Beliau memastikan semua orang melayan mereka berdua sebagai anak yang luar biasa. Ibu mereka tidak mahu menerima bahawa anaknya adalah pembunuh psikopat.
Imej sempurna – Mereka tidak menggunakan syarikat perhubungan awam untuk memasarkan diri. Mereka hanya menonton filem-filem Humphrey Bogart dan Jimmy Cagney dan meniru lagak mereka. Imej adalah segala-galanya. Sesetengah ketua negara pasti dapat menjimatkan berjuta wang jika melakukan perkara yang
Reputasi pada nama – Dengan menampilkan imej ganas, mereka berdua tidak berhadapan masalah untuk memeras wang perlindungan daripada perniagaan di London timur. Peniaga akan memberikan wang mereka kerana takut dihukum.
Membina mitos – Orang ramai digalakkan untuk bercakap tentang “budi” yang ditaburkan kembar Kray. Banyak acara meraih dana untuk anak-anak yang tidak bernasib baik dianjurkan oleh mereka untuk menutup kegiatan jenayah. Wang yang diraih digunakan untuk bermewah-mewah.
Hidup dalam penafian – Kembar Kray terlalu jauh dengan realiti. Mereka mendakwa membawa keamanan di jalanan, kerana hanya terlibat dalam keganasan antara gangster dan tidak melibatkan orang awam. Apa yang menakjubkan adalah, ramai bintang yang berkawan dengan mereka menutup sebelah mata terhadap jenayah yang mereka lakukan. Fenomena yang sama turut terjadi kepada sesetengah ketua negara.
Mujurlah tiada pemimpin yang mempunyai delusi seumpama itu di Malaysia.

1 comment:

  1. Mat Bahalol nak BILYON BILYON main movie macam Al Bahalol kat Amerika nun

    Masok KUBOR tau lah tinggi rendah langit tu

    Belom di cari IZRAEL jangan nak aksyen lah

    Mentadarah lahap duit Rakyat pon nak tunjuk aksyen....


    Rakyat laki bini gaduh tak cukup duit makan minum nak bayar hutang Mat Bahalol tiap tiap hari

    Kepala Otak !!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa