Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 11, 2015

Rupanya DAP bela Jin!

Hanya yang bodoh dan bebal saja nampak Jin!

Pemuda MCA macam kena rasuk jin DAP - Jamal
OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 11 OCT 2015

Kenyataan-kenyataan daripada Pemuda MCA kini seolah-olah mereka 'dirasuk' dengan jin DAP.

Itu disifatkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos merujuk kepada komen sayap pemuda parti komponen Barisan Nasional itu berhubung isu 1MDB.

"Mereka telah mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Kenyataan mereka ini seolah-olah mereka langsung tidak membaca atau meneliti kenyataan-kenyataan daripada pihak kerajaan yang telah banyak kali menjelaskan dan menerangkan tentang isu 1MDB ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jamal yang juga Pengerusi NGO Selangor memberitahu, pimpinan Pemuda MCA nampaknya lebih terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang yang memutarbelit isu berkenaan. 

"Saya tidak tahu mengapa perkara sebegini boleh terjadi. Adakah pihak kepimpinan MCA yang ada dalam kalangan mereka merupakan menteri dan timbalan menteri tidak menerangkan mengenai status dan keadaan sebenar atau mereka enggan bercerita perkara yang sebenar diperingkat akar umbi," ujarnya lagi.

Sebagai parti komponen dalam BN, Jamal berkata, mereka seharusnya selari dan sepakat bukan menjadi "gunting dalam lipatan".

"Pada pengamatan saya, mungkin juga Pemuda MCA ini telah dirasuk oleh hantu-hantu jin DAP yang telah menguasai mereka sehingga mereka tidak boleh menerima jawapan-jawapan dan penjelasan daripada Kerajaan.

'Hantu dan 'jin' DAP ini mungkin juga telah menumpang dalam badan mereka sekian lama dan sering kali membisikkan keraguan kepada kerajaan," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan pimpinan Pemuda MCA supaya 'berubat' pada kadar segera.

"Saya berharap, agar Pemuda MCA dan kepimpinan MCA mengambil berat perkara ini demi kebaikan parti," katanya.-- MalaysiaGazette

3 comments:

  1. Beria-ia sungguh jembalang yang kenal jin ini membela Najib. Hoi Najib, apakah kamu tak nampak wira pembela kamu ini? Berilah apa yang patut seperti projek ke atau jawatan dalam mana-mana GLC yang bersesuaian. Penat tahu, kesianlah kat balaci seekor ni. Tak percaya, sila tanya sama itu Rosmah.

    ReplyDelete
  2. Itulah tahap kualiti yang ada pada pemimpin-pemimpin politik UMNO. Bukan ada standard. Yang sudah tentu substandard. Layak untuk memim pin kumpulan kompang di estet felda sahaja!!

    ReplyDelete
  3. Kamu yang.bangang. Itulah.sebabnya lama.sangat duduk bawah.tempurung, otak pun beku. Mereka adalah masyarakat yang bermaklumat.Kuasa beli mereka memudahkan mereka menguasai sumber maklumat. Tambahan mereka tinggal dekat dengan loceng!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa