Zikri Kamarulzaman,
Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar akan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak habis-habisan.
Hadir dalam pakaian oren lokap, mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin
“Saya akan pastikan tangan Najib bergari,” kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.
Chang berkata mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
Beliau yang sudah lima hari mogok lapar bagaimanapun tampil dalam keadaan baik.
Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.
Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.
Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi.
Muhyiddin, Shafie persoal penggunaan SOSMA, minta kerajaan patuh undang-undang
PUBLISHED: Oct 12, 2015 02:31pm
Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal pada pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini, Foto TRP/ Mokhsin Zamani.
PUTRAJAYA, 12 Oktober:
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak akan berdiam diri daripada menyuarakan pandangan tentang isu semasa dan penyalahgunaan undang-undang.
“Saya yakin dengan apa yang dikatakan oleh Tun (Dr Mahathir) dan apa yang beliau katakan itu benar. Saya berpegang kepada prinsip keadilan.
“Walaupun saya memegang jawatan dalam Umno, tapi ia tidak akan menyekat saya untuk bersuara terutamanya apabila membabitkan kepentingan rakyat dan keadilan.
“Inilah sebabnya saya menerima jemputan Tun untuk hadir pada sidang media hari ini,” katanya pada sidang media Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Muhyiddin berkata, sidang media itu adalah untuk menyampaikan mesej kepada kepimpinan negara.
“Apa sahaja tindakan yang perlu diambil perlulah konsisten dengan undang-undang.
“Mereka tidak boleh buat sesuka hati dan ini sebabnya saya tidak bimbang kerana ini adalah usaha yang baik untuk mempertahankan hak rakyat.
“Ini juga menunjukkan bahawa Umno adalah fleksibel untuk melontarkan pandangan dalam apa jua isu dan ia sepatutnya dialu-alukan dalam parti,” katanya.
Katanya, parti itu tidak pernah menegaskan bahawa ahli-ahlinya menyokong isu secara membuta-tuli.
“Pendirian perlu berdasarkan Perlembagaan dan agama. Sekiranya perkara ini perlu diluahkan, tiada ahli yang perlu takut untuk berbuat demikian,” katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Umno, Datuk Seri Shafie Apdal turut menyatakan pandangan yang sama dan berkata, kerajaan tidak sepatutnya menyalahgunakan undang-undang.
“Saya memainkan peranan dalam menyokong pembentangan SOSMA dan kita tahu secara khusus bahwa ia adalah untuk membendung keganasan tidak seperti ISA.
“Telah dipersetujui bahawa ia tidak boleh digunakan oleh ahli politik dan kini jelas ia dilakukan. Jangan biarkan penyalahgunaan undang-undang ini berlaku.
“Bayangkan peguam yang mewakili anak guam turut ditahan dibawah undang-undang yang sama. Perlu ada perlindungan terhadap peguam yang mewakili anak guamnya,” katanya.
Orang kuat Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, penahanan bekas Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang adalah ‘tindakan negara dunia ketiga’.
Malah katanya, tindakan menghalang orang yang ditahan mendapatkan peguam juga zalim apabila peguam Khairuddin turut ditahan.
“Kami merasakan bahawa era ISA telah tamat apabila kita menyatakan untuk menjadi sebuah negara membangun tetapi kita dilihat masih belum matang apabila kembali kepada undang-undang dunia ketiga di mana rakyat boleh ditahan tanpa wakil peguam.
“Ini adalah salah. Kerajaan perlu pertimbangkan semula. Saya berada di sini kerana Tun (Dr Mahathir) menjemput saya untuk bercakap mengenai situasi ini dan mengetengahkan hujah kami,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat.
Malah katanya, kehadirannya hari ini adalah kerana ramai yang datang bertemu dengannya dan meminta beliau bersuara berikutan keadaan ini ‘bukan tujuan di mana SOSMA dibawa ke Parlimen’.
“Kami beranggapan bahawa SOSMA jauh berbeza dengan ISA dan terdapat kelegaan selepas ISA dimansuhkan.
“Tetapi apabila SOSMA ditafsirkan dengan cara ini, kami rasakan ini tidak betul,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja baru-baru ini, Razqaleigh berkata ‘ia satu tindakan yang wajar’.
“Adalah wajar untuk mereka tampil dan campur tangan dalam keadaan ini untuk memberi nasihat kepada rakyat bahawa kebuntuan yang dihadapi peril diselesaikan dengan cara yang membantu rakyat.
“Negara kini berdepan dengan keadaan sukar terutamanya dalam ekonomi dan Majlis Rajka-Raja nyata bimbang tentang situasi ini,” katanya. - TRP
Hidup KHAIRUDDIN !!!!!!
ReplyDeleteHidup TUN !!!!!!!!
Mat Bahalol boleh blah.....
Siapa punya anak lahanat nih??????
Kepala Otak!!!!!!
Jangan fitnah atok tokey judi ayah bunuh diri. Jangan fitnah! Kah kah kah
Delete