Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 12, 2017

Menteri ‘berita palsu’

Salleh Keruak menteri ‘berita palsu’, kata Tony Pua
Pada 11 Februari 2017
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Akibat sering memutar belit fakta berhubung skandal mega melibatkan syarikat milik penuh negara, 1MDB, Datuk Seri Salleh Keruak hari ini digelar Menteri Komunikasi dan Berita Palsu oleh seorang anggota Parlimen DAP.

Ia ekoran kenyataan Salleh sebelum ini seperti yang dilaporkan media pada Rabu lalu, memberi gambaran bahawa syarikat yang kini sarat menangung hutang itu kononnya kukuh dari segi kewangan dan mempunyai aset bernilai RM51 bilion.

Namun, hakikatnya, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, aset berbilion ringgit itu yang sebelum ini disahkan syarikat juruaudit, Deloitte akhirnya terpaksa ditarik balik oleh syarikat yang sama berikutan perkembangan siasatan di beberapa negara di seluruh dunia berhubung 1MDB.

Ia, kata Setiausaha Publisiti DAP itu, berdasarkan kenyataan Deloitte sebelum ini bahawa akaun 1MDB yang diaudit syarikat juruaudit tersebut bagi Mac 2013 tidak boleh lagi digunakan.

“Malah, ia timbul setelah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan dokumen yang menunjukkan sekurang-kurangnya AS$5.6 bilion telah diseleweng daripada 1MDB melalui pindahan palsu dan syarikat palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mendedahkan dalam kenyataan sebelum ini bahawa Kerajaan Persekutan – secara tidak langsung rakyat negara ini – terpaksa menangung hutang besar 1MDB bernilai RM39.8 billion berdasarkan laporan Ketua Audit Negara.

Selain itu, tambah Tony, Salleh juga seperti menegak benang yang basah apabila tetap mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan dana sejumlah AS$731 juta yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri itu sebagai kononnya sumbangan Keluarga Diraja Saudi.

Menurut Tony, ia bagaimanapun bertentangan dengan hasil siasatan DOJ yang mendapati dana jutaan dolar AS itu berpunca daripada penyelewengan dana 1MDB, sekaligus mematahkan hujah bahawa ia adalah derma daripada keluarga jutawan Timur Tengah itu.

“Anugerah berita paling palsu harus diberikan kepada Datuk Seri Salleh Keruak ekoran kenyataannya itu,” sindir Tony yang turut mendakwa menteri UMNO tersebut meniru gaya kempen Presiden AS Donald Trump dengan mereka pelbagai berita palsu bagi meraih sokongan. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa