Wakil Rakyat DAP kantoi jumpa KM Melaka sebelum keluar parti
SEMALAM empat orang wakil rakyat daripada DAP Melaka dilapor meninggalkan parti itu dengan alasan kerana sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan parti.
Mereka adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Goh Leong San (ADUN Duyong), Lim Jak Wong (ADUN Bachang) dan Chin Choong Seong (ADUN Kesidang).
BACA — 4 Wakil Rakyat DAP Melaka keluar parti
Seakan dapat mengagak apa sebenarnya terjadi, Naib Presiden KEADILAN, yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil Melaka, YB Shamsul Iskandar semalam dilaporkan oleh NST sebagai berkata, wakil-wakil rakyat DAP itu keluar parti mungkin kerana sudah berpakat secara rahsia dengan Barisan Nasional, BN.
Benar seperti apa yang dijangka, sejak pagi tadi tersebar beberapa keping gambar wakil-wakil rakyat DAP itu rupa-rupanya telah bertemu dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sebelum bertindak keluar parti.
Di bawah ini gambar-gambar yang dimaksudkan.
Berbaju merah jambu, ADUN Duyong, Goh Leong San, sementara yang memakai baju kemeja berwarna merah hati, ADUN Bachang, Lim Jak Wong.
Wakil-wakil rakyat DAP ini sudah lama ada masaalah dengan parti, malah sedang digantung keahlian sejak 7 Februari tahun lalu kerana masaalah disiplin.
Kalau mereka nak keluar parti patutnya dari dulu dah boleh keluar, tapi kenapa sekarang baru nak keluar?
Rupa-rupanya barangkali sudah ada persepakatan sulit dengan Ketua Menteri Barisan Nasional, Idris Haron maka tiada apa nak dihairankan. - sumber

Kalau dibaca kenyataan mereka sebab mereka keluar parti ialah kerana DAP telah tergelincir dari perjuangan asal iaitu 'Malaysian Malaysia'.Jika inilah perjuangan mereka maka kita harus melepaskan mereka pergi dengan besar hati.
ReplyDelete