Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 10, 2017

Inilah masalahnya bila kudis di betis orang nampak tapi terlupa tokak di paha sendiri!

Selesaikan masalah banjir di Kelantan dahulu sebelum tuding jari - Guan Eng 
Astro Awani |  Februari 09, 2017 20:47 MYT
Selesaikan masalah banjir di Kelantan dahulu sebelum tuding jari - Guan Eng
GUAN ENG: -Saya rasa sebelum dia (Mohd Amar) hendak tuding jari ke atas Pulau Pinang, dia kena ingat kalau dia menuding satu jari ada empat yang menuding balik kepada beliau." - Gambar fail
BUTTERWORTH: Tidak perlu cerita banjir kilat di Pulau Pinang tetapi sebaliknya kerajaan PAS Kelantan dinasihat agar menyelesaikan segera masalah banjir besar yang melanda negeri itu saban tahun.

Nasihat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu dibuat selepas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi amaran supaya beliau menjaga mulut dan negeri Pulau Pinang. 

Guan Eng pada masa sama kekal dengan dakwaan bahawa pembalakan dan pencerobohan hutan menjadi punca banjir di Kelantan.

“Saya rasa sebelum dia (Mohd Amar) hendak tuding jari ke atas Pulau Pinang, dia kena ingat kalau dia menuding satu jari ada  empat yang menuding balik kepada beliau.

“Beliau harus ingat, masalah banjir di Kelantan bukan kerana ada banjir tetapi puncanya kerana  100 ribu hektar, hutan simpan telah diratah dan ditebang.  Ini menyebabkan banjir jadi lebih serius. Selepas itu ada mangsa banjir 2014 masih belum dapat rumah,” katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lim Ah Kok dan isteri, serta dua anaknya di sini hari ini.

Keempat-empatnya meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Subang Jaya Isnin lepas.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, dia mengkritik pentadbiran Kelantan kerana melihat tiada langkah diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pulau Pinang katanya diakui berdepan masalah banjir kilat , namun masalah itu telah segera diatasi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa