UMNO tidak terkesan pertemuan 45 minit Tun M dengan Anwar - Syed Ali
Blog | Februari 13, 2017 00:00 MYT
Blog | Februari 13, 2017 00:00 MYT
KUALA LUMPUR: Pertemuan 45 minit bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini tidak bermakna blok pembangkang sudah mencapai permuakafatan yang muktamad.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pertemuan tersebut sekadar usaha Dr Mahathir yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendekatkan diri dengan Anwar, seteru politiknya sejak sekian lama.
"Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan 45 minit itu, tetapi saya tidak fikir satu ketetapan telah dicapai, mungkin berlaku tawar-menawar atau pun mungkin Dr Mahathir memohon maaf kepada Anwar dan keluarga beliau.
"UMNO tidak terkesan dengan pertemuan yang disifatkan pihak pembangkang sebagai bersejarah, bagi saya ianya tidak ada apa-apa, barangkali sekadar pertemuan dua bekas musuh politik.
"Pelbagai andaian boleh dibuat ekoran pertemuan tersebut yang berkemungkinan besar boleh berlaku Anwar menagih sokongan Dr Mahathir supaya rayuan pengampunannya untuk kali kedua dapat diteruskan," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Jelas Syed Ali, Dr Mahathir mungkin merayu kepada Anwar supaya menasihatkan isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Aziziah Wan Ismail melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.
"Semua ini kemungkinan dan tidak mustahil boleh terjadi kerana ada pihak berpendapat amat wajar untuk Dr Mahathir mengetuai blok pembangkang kerana Wan Azizah tidak mempunyai karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin politik.
"Itu hanya pendapat pihak tertentu, tetapi pada hemat saya pakatan pembangkang tidak konsisten dan tidak berupaya untuk mentadbir-urus negara ini, waima siapa pun di kalangan mereka diangkat sebagai Ketua Pembangkang," tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan, majorirti orang Melayu dan umat Islam di negara ini begitu sukar untuk menerima pakatan pembangkang yang diketuai oleh parti rasis, DAP.
"Walaupun UMNO dikecam dan difitnah kononnnya membelakangkan kepentingan orang Melayu, tetapi jasa UMNO mengangkat maruah bangsa Melayu dan syariat Islam di negara ini telah terbukti.
"Bangsa Melayu, kedudukan mereka dan kesenangan yang mereka nikmati hari ini adalah hasil usaha perjuangan pemimpin UMNO, pemimpin Melayu yang tidak pernah bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang memperalatkan bangsa dan agamanya untuk kepentingan politik," jelasnya.
Justeru katanya, apabila Pas mengambil tindakan berani meninggalkan pakatan pembangkang kerana parti itu telah 'sedar' percaturan politik DAP, ianya merupakan jawapan kepada tanggapan selama ini yang bermain di kepala orang Melayu betapa malangnya negara ini jika berketuakan ideologi DAP.
"Orang Melayu terutama golongan liberalisma marah apabila DAP dikatakan parti rasis, ekstrim dan tidak menyenangi kedudukan orang Melayu, oleh sebab itu apabila Pas angkat kaki, pelbagai tuduhan dan ungkapan kesat dilemparkan terhadap pemimpin parti Islam itu," katanya.
Beliau mendakwa, pakatan pembangkang sama ada diketuai oleh Anwar mahupun Dr Mahathir untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, ianya tidak akan mengubah sokongan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO.
Malah tambah beliau, pakatan pembangkang yang kini bercakaran sesama mereka tidak akan memberi saingan sengit kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya dan kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU lalu.
Menurut Syed Ali lagi, pengaruh Anwar sudah lama padam sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke penjara Sungai Buluh dan PKR sekadar parti tumpangan dalam pakatan pembangkang sambil mengharap belas ehsan DAP.
"Saya yakin, UMNO dan BN akan terus meraih kemenangan lebih cemerlang pada PRU akan datang kerana sebilangan besar pengundui sudah memahami apa sebenarnya hala tuju parti-parti pembangkang di negara ini," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa