Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 11, 2017

MB Kedah resah: Bimbang BN kalah jika pembangkang bersatu

Kenyataan media

AHMAD BASHAH RESAH: TAKUT UMNO DAN BN BUNGKUIH JIKA PEMBANGKANG BERSATU DI KEDAH.

1. *_Ternyata ketakutan Umno Kedah_*(jiwa kacau) kian menyerlah apabila Menteri Besar Kedah,YAB Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah menyatakan UMNO Kedah sedia berkerjasama dengan PAS.

Saya percaya kenyataan Ahmad Bashah yang umpama memujuk 'ayam masuk seron' itu adalah datangnya dari hasil kajian UmnoBn menunjukan, *_jika parti pembangkang bersatu dalam satu pakatan politik (grand coalition) sudah pasti logiknya UmnoBn akan bungkuih tersungkur dalam PRU 14_*.

2. Kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS bukannya satu kesungguhan dari UMNO.Ianya sekadar 'janji manis' untuk helah memujuk masuk 'seron' yang telah diketahui rakyat penuh dengan 'taik'.

*_" 'Trik' yang digunakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ini semua orang boleh 'baca' dan sayangnya semua sudah terlambat kerana rakyat hari ini lebih bijak menilai 'yang mana kaca yang mana permata' "_*.

Apa yang penting dari kesediaan UMNO itu adalah agar *_PAS tidak kembali kepada pakatan politik pembangkang_*.Bagi Umno jika PAS tidak kembali kepada pakatan pembangkang,ianya sudah cukup untuk UMNO terus menerajui kerajaan selepas PRU 14 nanti.

3. Bagai bulan jatuh ke riba jika Umno mendapat respon dari pihak *_PAS bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan pakatan pembangkang_*.

Ini akan mengekalkan *_PAS bersendirian asalkan tidak kembali menyertai pakatan pembangkang_* dan menjadikan PRU 14 nanti pertandingan 'tiga penjuru' dan undi pembangkang diharapkan akan berpecah.

4. Perkiraan Ahmad Bashah dan UMNO itu sebenarnya salah.Pertandingan tiga penjuru akan membawa kepada *_perebutan segmen pengundi yang sama antara PAS dan UMNO_*.

PAS akan merebut undi UMNO bagi menambah jumlah kekuatan dan UMNO akan merebut undi PAS bagi memastikan kemenangan,tetapi UMNO lupa yang *_UMNO sedang menghadapi pengurangan pengundi kerana penghijrahan ahli UMNO kepada PPBM dan PAS juga mengalami pengurangan undi kerana penghijrahan ahli PAS ke parti AMANAH dan PPBM_*,oleh itu sudah pasti memberi kelebihan pada PPBM dan Pakatan Harapan.

4. Ahmad Bashah masih mengharapkan  jika PAS tidak sertai pakatan politik pembangkang ini akan memberi  *_nyawa kepada UMNO dan BN untuk menarik nafas lega_*.Kenyataan Ahmad Bashah bersedia untuk kerjasama dengan PAS hanyalah semata-mata untuk menghalang PAS kembali wujud bersama pakatan besar pembangkang (grand coalition).

*_Pilihanraya Umum ke-14 nanti akan memperlihatkan pertarungan diantara 'kleptokrat'  dan demokrat_*. Oleh itu Ahmad Bashah sedar bahawa *_jika pembangkang bersatu dengan agenda 'satu lawan satu', pasti UMNO dan BN bungkuih tersungkur pada PRU 14_*.

*_"Pertarungan diantara mereka yang sedang dan telah merompak wang rakyat dan mereka yang sedar akan kebobrokan kerajaan serta badan-badan legislatif yang telah dimanipulasi atas niat politik sempit mereka"_*.

Perangkap politik yang dipasang oleh Ahmad Bashah perlu disaingi dengan politik harapan yang menggarap semua suara rakyat untuk membawa negara 'nyah kleptokrat' dan membawa keadilan sosial kepada semua segmen masyarakat.

#RakyatSudahCerdik
#BersatuPembangkang
#RanapkanUmnoBnPru14
#SelamatkanKedah
#SelamatkanMalaysia

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
2.30pm Taman AlWalid Alor Setar
9 Feb 2017/12 Jamadilawal 1438Hakramin idrus

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa