Wednesday, 19 April 2017
ELOKLAH 'HAMLAU-HAMLAU' INI KELUAR TINGGALKAN BERSATU
Episod pemimpin keluar atau meninggalkan Bersatu berterusan lagi, kali ini Setiausaha Kerja merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Kamarulazman Habibur Rahman pula mengumumkan keluar parti dalam sidang akhbar di sebuah hotel lima bintang di ibukota.
Sebelum ini, sudah beberapa kali episod yang sama menimpa Bersatu di beberapa negeri tatkala rakyat sedang menggelegak hati dan perasaan ingin menolak Najib Razak, UMNO dan BN yang menimbulkan banyak masalah, keserabutan dan beban kepada rakyat serta negara.
Rata-ratanya yang mengumumkan keluar parti itu hanyalah bersandarkan satu sebab saja iaitu tidak memperolehi jawatan atau kedudukan yang diidamkan sama ada di peringkat bahagian, negeri mahupun pusat.
Namun, untuk melindungi kepentingan diri serta bagi menampakkan mereka kononnya suci bersih dalam perjuangan, lalu diciptalah alasan kronisme, pilih kasih, mengamalkan kasta, hilang hala tuju dan sebagainya untuk menghalalkan tindakan keluar parti itu.
Difahamkan, selepas ini ada beberapa pemimpin Bersatu lagi akan turut keluar parti. Ada di peringkat pusat dan ada juga di negeri dan bahagian. Alasannya sama juga, tidak dapat jawatan atau kedudukan yang dihajati.
Siapa mereka ini?
Rata-rata yang sudah dan akan keluar Bersatu ini adalah bekas ahli UMNO, namun mereka bukanlah kelompok yang berjaya atau berwibawa selama bersama dalam parti itu. Yang terbaru ini hanyalah bekas Ketua UMNO cawangan saja.
Lalu, apabila menyertai Bersatu, dengan hanya bermodalkan pengalaman memimpin cawangan, jawatan apa yang mereka harapkan?
Ternampak jelas bahawa mereka menyertai Bersatu dengan harapan mendapat jawatan yang lebih tinggi, ada peluang bertanding pilihanraya, bergelar YB dan mungkin berpeluang mengumpul kekayaan atau menyamun di sana sini, sama seperti perangai kebanyakan pemimpin UMNO yang ada hari ini.
Apabila tidak mendapat apa yang dihajati, itulah sebabnya mereka keluar parti. Ceramah dan hujah berdegar-degar mereka selama ini kononnya untuk sama-sama menyelamatkan negara, menolak Najib yang membawa kerosakan dan memberi harapan baru kepada rakyat, ternyata hanyalah palsu belaka.
Mereka sebenarnya hanya ingin menyelamatkan perut dan diri sendiri.
Mereka yang keluar ini langsung tiada ada jati diri untuk benar-benar menyelamat dan memulihkan negara. Kepentingan peribadi dengan sendirinya terserlah apabila mereka keluar Bersatu dengan alasan yang mereka cipta itu.
Mereka yang keluar Bersatu dengan membuat sidang akhbar besar-besaran, keluar TV dan sebagainya sambil memburukkan parti yang sedang bersama Pakatan Harapan untuk mengambil alih tampuk kekuasaan kerajaan dan mengalahkan UMNO dan BN, bolehlah dianggap golongan parasit dan hamlau yang jika ditimbang-timbang sebenarnya tidak banyak berguna pun kepada Bersatu, apalagi dalam perjuangan yang masih panjang untuk menyelamatkan negara.
Biarlah mereka ini keluar Bersatu sekarang daripada meninggalkan Bersatu setelah parti itu dan Pakatan Harapan berjaya menggenggam kuasa selepas pilihanraya nanti. Malah, Bersatu dengan sendirinya menjadi bersih dengan ketiadaan hamlau-hamlau itu lagi.
Mereka yang keluar Bersatu ini kerana kecewa tidak memperolehi jawatan, dalam masa yang sama cuba membalas dendam dengan memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN untuk terus menang dalam pilihanraya akan datang. Nampaknya kesedihan tidak memperolehi jawatan sudah sanggup ditukar-ganti dengan kekalnya Najib, UMNO dan BN berkuasa lagi.
Sama ada mereka dibayar atau tidak, itulah sebenarnya niat dan nawaitu mereka. Jenis perjuangan apa mereka ini?
Sebab itu, yang diburukkan dan diberi gambaran jelik ialah Bersatu tanpa mereka sedar Najib dan UMNO jauh lebih buruk daripada itu. Selepas ini, setiap hari mereka akan melalak memburukkan Bersatu dan pemimpinnya dengan maksud agar Najib, UMNO dan BN terus diberi mandat lagi oleh pengundi.
Mereka ini barangkali lupa, tidak ada sesiapa pun mahu mengikut atau terpengaruh dengan apa mereka lakukan itu. Majoriti rakyat, di sebalik bagaimana berpecah sekali pun Bersatu atau parti-parti pembangkang lain, mereka tidak mungkin mahu kembali mengundi BN dan membolehkan UMNO serta Najib terus berkuasa lagi.
Rakyat secara umumnya sedar meneruskan Najib berkuasa hanya akan membuatkan negara ini terus sengsara dan diselubungi mala petaka yang berpanjangan. PRU 14 adalah peluang terbaik untuk membuat perubahan. Jika Pakatan Harapan yang diberi peluang untuk berkuasa gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna, perubahan boleh dilakukan semula dalam pilihanraya seterusnya.
Tetapi, jika BN dikekalkan lagi kuasanya, peluang untuk melakukan perubahan sudah tiada lagi. Lima tahun akan datang, Tun Mahathir Mohamad, jika pun masih ada, tentunya tidak berupaya lagi secergas seperti sekarang untuk meneruskan perjuangan.
Oleh rakyat tidak akan melepaskan peluang melakukan perubahan dalam pilihanraya ke-14 kali ini.
Dengan majoriti rakyat sudah membuat ketetapan untuk menolak Najib, UMNO dan BN, keluarnya hamlau-hamlau ini daripada arus yang sedang membawa perubahan, ia tidak memberi kesan apa pun sebenarnya. Mereka akan hanyut dengan sendirinya.
PKR dahulunya juga pernah mengalami episod keluar parti yang sama. Tetapi, lihatlah keputusan pilihanraya 2008 dan 2013, sokongan rakyat nyata terus meningkat juga di sebaliknya ramai yang meninggalkannya, sementara UMNO dan BN yang terus merudum dan merudum ditolak massa.
Dalam konteks PRU 14, isu paling besar ialah Najib itu sendiri. Kebimbangan rakyat bukan saja negara akan terus sengsara dan diselaputi duka, bahkan paling ditakuti ialah lebih banyak penggadaian harta-harta negara, dua tiga Jho Low atau empat lima model mirip 1MDB akan muncul lagi bagi menutup semua keburukan sedia ada.
Ketika itu nanti, siapa lagi yang mampu menggugat pemerintah yang ada?
Oleh itu, keluarlah parti berapa ramai sekali pun, selagi yang ingin dikalahkan ialah Najib, UMNO dan BN, arus perubahan akan terus berjalan menuju destinasi impian. (ShahbudinHusin 19/04/2017).
Anda mungkin juga meminati:
PEMIMPIN UMNO AKAN MASUK BERSATU?
Posted by Shahbudin Husin at 14:40

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa