Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 22, 2017

Menjadi mangsa percaturan politik: Ini komen Anina

Anggap itu semua asam garam politik: Anina
NURUL KHALEEDA RASHIKIN - 22 APRIL 2017
Anina Saadudin

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Anina Saadudin mendakwa apa yang berlaku terhadap dirinya merupakan satu asam garam dalam berkecimpung di arena politik tanah air.

Menurutnya, perjuangannya di dalam bidang politik bukanlah untuk diri sendiri tetapi buat semua rakyat Malaysia juga.

"Setiap ahli politik akan melalui ombak dan badai tetapi saya  bersyukur kerana sokongan rakyat kepada saya tidak pernah berganjak.

"Malahan lebih ramai yang menaruh harapan supaya saya berjaya menentang kerajaan kleptokrasi ini.

"Justeru, saya anggap apa yang berlaku ini hanyalah asam garam dalam perjalanan politik," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Kerja Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa episod Anina di dalam Bersatu adalah malang sewaktu sidang media mengumumkan pengunduran beliau dari parti itu.

Menurutnya, Anina merupakan mangsa dalam percaturan politik dan perebutan kuasa di parti tersebut.

Sementara itu, Anina mendakwa beliau kini memandang ke hadapan dan fokus dengan perjuangan mengundurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tidak wajar untuk saya memandang ke belakang, sebaliknya saya perlu terus menyusun langkah ke hadapan untuk merempuh apa sahaja tembok yang dibina oleh Najib  dalam mempertahankan kuasa kerajaan kleptokrasinya.

"Pesan saya kepada Najib supaya hati-hati dengan harimau yang tidak takut mati, pantang mengalah, saya kekal bersama (Penasihat Bersatu) Tun Mahathir Mohamad dan (Presiden Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yasin," katanya lagi.

* Politik bukan tempat orang yang lembik dan lurus bendul!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa