Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 26, 2017

Terhutang budi, tergadai body ker apa ni?

China ceroboh Sarawak, mengapa diam, soal PKR

  | April 26, 2017
Pemuda PKR berkata sikap Malaysia seolah-olah tidak menghiraukan kedaulatan Malaysia dicerobohi.
PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri Malaysia selepas laporan beberapa kapal pertahanan China kerap menceroboh perairan Sarawak.

“Hal ini jelas merupakan satu cabaran ke atas kedaulatan negara kita dan Putrajaya sepatutnya mengambil pendirian lebih tegas untuk membantah kehadiran kapal-kapal negara China ini,” kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik 2 badan pemikir berpusat di Amerika Syarikat, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa dan Pusat Kajian Lanjutan Pertahanan, yang mendapati Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) menceroboh perairan Sarawak.
Menurut laporan itu, 3 kapal milik pasukan itu berada dalam perairan yang dituntut Malaysia dalam tempoh 2 bulan antara Disember 2016 dan Februari tahun ini.
Kapal tersebut dikesan di sekitar Gugusan Beting Raja Jarun and Gugusan Beting Patinggi Ali yang merupakan sebahagian Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, kira-kira 160 km dari persisiran Sarawak.
Kedua-dua gugusan itu turut dituntut China dan seterunya Taiwan.
Nik Nazmi membandingkan sikap kerajaan kali ini dengan bantahan diplomatik terhadap China pada 2015, selepas kapal CCG memasuki zon tersebut.
“Sejak bantahan pada 2015 itu, dilaporkan sebanyak 11 kapal CCG telah meronda berdekatan perairan Malaysia — seolah-olah langsung tidak menghiraukan bantahan tersebut.
“Jika kita terus berdiam adakah ini bermakna kita terus akur dengan pencerobohan China ke tanahair kita?” soal beliau.
Hubungan ekonomi Malaysia-China sejak kebelakangan ini menjadi perdebatan, di sebalik kontrak berbilion ringgit melibatkan syarikat besar China memajukan infrastruktur seperti kereta api dan pelabuhan.
Pengkritik menyifatkan kebanjiran syarikat gergasi China di Malaysia bakal memberikan kesan buruk kepada syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing.
Nik Nazmi berkata pencerobohan China di perairan Malaysia menunjukkan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Ia seakan-akan memberi peluang untuk negara asing seperti China menerobos negara ini termasuk di dalam hal politik dan ekonomi,” katanya sambil merujuk skandal 1MDB.
“Kebergantungan kepada China untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang mengalami kerugian berbilion akibat skandal besar juga telah melemahkan pendirian diplomatik negara.”
“Jika Putrajaya terus gagal mengambil pendirian lebih tegas di dalam hal ini maka jelaslah bahawa pentadbiran Najib Razak kini tidak lagi mampu menegakkan kedaulatan negara dan hanya akan terus mengundang campur tangan negara asing.”

Kaitan: Kapal asing lolos perairan Malaysia, ditahan tentera laut Indonesia

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa