Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 18, 2017

Takkan penafian hanya dengan mamalu tin kosong?

Monday, 17 April 2017
PEMIMPIN PAS BILA LAGI?

Selepas membuat akuan bersumpah berkaitan Nasharuddin Mat Isa yang didakwa menerima dana 1MDB daripada Najib Razak dan kemudian membuat laporan kepada SPRM berkaitan dengannya, Rafizi Ramli dengan pantas menyaman pula Raja Petra Kamaruddin atas dakwaan melakukan fitnah kepadanya.

Tindakan Rafizi terhadap penulis blog itu ialah untuk menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menerima dana RM20 juta daripada seorang tauke Cina bernama John Soh atau Soh Chee Wen.

Meskipun menyedari Raja Petra adalah seorang yang muflis dan sekarang menjadi pelarian di luar negara, Rafizi menegaskan, tindakan yang diambilnya bukan bermotifkan wang, tetapi untuk kebenaran.

Sebelum itu, Rafizi turut membuat akuan bersumpah menafikan beliau pernah menerima wang daripada John Soh sebagaimana yang didakwa oleh Raja Petra.
Sebaik Rafizi membuat akuan bersumpah terhadap Nasharuddin dan kemudian timbul pula dakwaan terhadap dirinya, terdengar banyak sosek-sosek di belakang telinga yang mengatakan Naib Presiden PKR itu hanya berani melakukannya kepada orang lain, tetapi berdiam diri apabila terkena batang hidungnya sendiri.

Namun, dengan membuat akuan bersumpah penafian dan disusuli dengan mengambil tindakan undang-undang, Rafizi bukan saja dikira terpuji, malah lengkap dari segi keberanian untuk mempertahankan dirinya.

Hanya dalam tempoh dua tiga hari, beliau berjaya berbuat sesuatu yang cukup wajar untuk membersihkan maruah dirinya.

Tetapi, bagaimana dengan Pas dan pemimpin-pemimpinnya setelah sekian banyak dilemparkan dakwaan menerima wang?

Bila mahu menyaman Sarawak Report?

Bila mahu menyaman Husam Musa?

Bila mahu menyaman Rafizi?

Kalau Rafizi boleh melakukannya dalam tempoh yang singkat kerana yakin 100 peratus kebenaran bersamanya, kenapa Pas perlu mengambil masa yang begitu lama, di sebalik sudah berulangkali menyebut mahu mengambil tindakan saman terhadap mereka yang didakwa memfitnahnya?

Jika betul-betul yakin ianya fitnah, mengapa tidak disegerakan?

Dalam pada itu, jika pun tindakan saman sudah berbulan-bulan tidak juga menjadi kenyataan, mungkin bolehlah juga dinyanyikan kononnya perlu penelitian yang lebih mendalam, sekurang-kurangnya buatlah dahulu akuan bersumpah untuk menafikannya.

Tetapi, mengapa tidak berani juga?

Saman tak berani, akuan sumpah juga takut...apa yang berani dilakukan Pas dan pemimpin mereka untuk membersihkan nama, selain nafi, nafi dan nafi kosong semata-mata?

Hmmmmm.....

Posted by Shahbudin Husin at 22:30 

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa