Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 25, 2017

Berita yang mengingatkan kita kepada 'Pencerobohan Sabah'

Menteri pertahanan, ketua tentera Afghanistan letak jawatan
Agensi |  April 24, 2017 23:57 MYT
Menteri pertahanan, ketua tentera Afghanistan letak jawatan
Menteri Pertahanan Afghanistan Abdullah Habibi meletak jawatan susulan serangan militan Taliban pada Jumaat. REUTERS
KABUL: Presiden Afghanistan Ashraf Ghani menerima peletakan jawatan menteri pertahanan dan ketua tenteranya pada Isnin, selepas serangan Taliban paling dahsyat terhadap sebuah pangkalan tentera pada Jumaat, menurut pejabat presiden.

"Menteri Pertahanan Abdullah Habibi dan Panglima Tentera Qadam Shah Shahim meletak jawatan berkuatkuasa serta merta," istana presiden mengumumkan melalui akaun Twitter.

Shah Hussain Murtazawi, pemangku jurucakap Ashraf Ghani, memberitahu Reuters peletakan jawatan itu adalah kerana serangan tiga hari lepas ke atas sebuah pangkalan tentera utama di bandar Mazar-i-Sharif.

Pada Jumaat, kira-kira 140 tentera Afghanistan terbunuh dalam serangan militan Taliban yang menyamar askar dengan memakai pakaian seragam tentera.

Kira-kira 10 militan Taliban yang mengenakan pakaian seragam tentera Afghanistan dan memandu kenderaan tentera, dilaporkan memasuki pangkalan tentera di bandar berkenaan dan melepaskan tembakan, menyasarkan askar yang sedang makan dan meninggalkan masjid selepas solat Jumaat.

Ashraf Ghani mengisytiharkan Ahad sebagai hari berkabung dan mengarahkan bendera dikibar separuh tiang.

Pada Isnin, sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di luar istana presiden di Kabul menuntut peletakan jawatan pegawai pertahanan tertinggi Afghanistan susulan serangan itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa