Kenyataan Media
14 April 2017
AMARAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI: ADAKAH KRITIK PEMIMPIN ITU SATU KESALAHAN?
Amaran yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari kepada 22 juta pengguna internet pada 13 April lalu memerlukan penghuraian lanjut mengenai frasa 'mengaibkan pemimpin'.
Saya bersetuju jika amaran tersebut mencegah pengguna internet daripada mengeluarkan kenyataan palsu. Apatah lagi jika dilihat pada setiap 'post' di Facebook Najib Razak, terdapat segelintir pengguna akaun palsu yang menaip hashtag #RespectMyPM. Kerajaan harus siasat perkara itu sama ada ianya dikeluarkan oleh pemilik akaun sebenar atau dibayar untuk memalsukannya demi memberi sokongan kepada PM semata-mata.
Saya turut bersetuju juga dengan pandangan kerajaan bahawa kita perlu membanteras penularan fahaman-fahaman di internet yang berpotensi mengancam keselamatan negara seperti ideologi Daesh dan sebagainya.
Saya juga sarankan Kementerian Komunikasi dan Multimedia membanteras juga penulisan dan visual yang berbaur perkauman sehingga mampu merosakkan perpaduan dan keharmonian negara.
Kerajaan Umno BN seharusnya mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang benar-benar bersalah dan bukan sebagai satu cubaan menutup malu atas kebobrokan pentadbiran Najib Razak.
Kritikan seharusnya dilakukan oleh rakyat kepada pemimpin. Perkara ini juga termasuk mendedahkan salah laku pemimpin berteraskan fakta dan bukti. Rakyat berhak tahu apa yang terjadi kepada negara, termasuklah dalam perihal ekonomi, pentadbiran dan sistem sosial.
Adakah tindakan oleh kerajaan ini seolah-olah menghalang rakyat daripada diberitahu perkara sebenar? Tanpa pendedahan skandal penyelewengan dan rasuah, sudah pasti pihak berkuasa tidak didorong untuk melaksanakan siasatan.
Saya berharap amaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak menghapuskan budaya demokrasi dan menggalakkan kritikan rakyat terhadap pemimpin. Teringat kata-kata seorang tokoh, "Jika enggan menerima kritikan, maka berhentilah menjadi pemimpin”. Frasa ini juga hampir serupa dengan kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu "Kalau takut akan risiko, usah bicara tentang soal perjuangan".
Syed Ibrahim Syed Noh
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa