Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 21, 2017

Marah benar YB Zuraidah ni?

Kenyataan Media Oleh YB Hajah Zuraida Kamaruddin, 19 April 2017

Jamal Yunos Harus Didakwa Atas Laporan Palsu Kepada SPRM

Berikutan lapuran melulu dan tidak berasas Jamal kepada SPRM, saya menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap beliau  kerana membuat laporan palsu.

Tindakan ini bukan kali pertama dilakukan oleh Jamal yang boleh diumpamakan seperti haiwan liar yang bebas berkeliaran dan membazirkan sumber awam akibat fitnahnya kepada Ahli Parlimen Pembangkang dan aktivis yang tidak sealiran dengannya.

Wanita Keadilan berikrar akan mengambil tindakan secara tegas dan besar-besaran dalam memastikan pendusta ini mendapat hukuman yang setimpal. Tiba masanya penjara adalah tempat yang paling sesuai untuk dihuni oleh samseng jalanan seperti Jamal yang sering berteriak kosong untuk mendapat perhatian seperti serigala sepanjang masa.

Saya tidak dapat menghadam dan memikirkan sebarang logik mengapa samseng ini masih dipelihara dan seolah-olah dilindungi oleh UMNO serta diberi kekebalan. Telahan paling tepat yang dapat dibuat ialah dia merupakan kontraktor upahan yang dibayar untuk menjalankan semua kerja kotor UMNO. Dari drama murahan beliau yang kononnya ditumbuk oleh seorang wanita, diikuti dengan adegan separuh bogel dijalanan, seterusnya mengusung keranda di pejabat awam, Jamal masih lagi berleluasa melakukan aksi-aksi yang memualkan.

Mungkin beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menjadi tentera upahan yang dapat mematuk dedak haram yang mengenyangkan setiap kali berbuat demikian oleh tuannya.

Walau apa pun alasan beliau, Jamal tetap seorang pengacau dan samseng murahan.

Wanita Keadilan  tidak lupa bahawa baru-baru ini, beliau dan anak-anak buahnya telah disabitkan kesalahan atas tuduhan merompak dan mencabul wanita di sebuah pusat hiburan yang diserbunya secara semberono.

Jelas, Jamal adalah seorang yang menganggap dirinya bebas untuk melakukan apa sahaja yang dimahukan seolah dirinya mengatasi undang-undang.

Untuk sebab di atas dan banyak lagi, Jamal perlu diletakkan di dalam penjara dari dahulu lagi bagi menjamin keselamatan awam.

Saya juga ingin menegaskan bahawa, semua tuduhan yang dilemparkan terhadap saya kali ini adalah ulangan rekayasa tuduhan dan pembohongan yang nyata palsu. Ia adalah retorika sama dan lama yang dikitar semula sejak bertahun-tahun yang lalu oleh musuh politik yang iri hati dengan prestasi saya dan Wanita Keadilan dalam membela nasib rakyat.

Cubaan untuk mengaitkan kedudukan saya selaku Ahli Parlimen Ampang dengan Dato' Adam Rosly yang kini dalam siasatan SPRM adalah percubaan lemah untuk memacu persepsi umum ke arah mengaitkan saya dalam kes tersebut.

Jamal dan sekutunya mungkin terlupa bahawa saya adalah Ahli Parlimen Pembangkang. Saya bukan Menteri Kerajaan Persekutuan yang mempunyai   pengaruh besar atau pegawai kerajaan yang mempunyai akses dan kepentingan begitu besar hingga memungkinkan salahguna kuasa berlaku.

Dato' Adam Rosly adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Ampang yang dipilih dan saya adalah Ketua Cabang Keadilan Ampang. Sepanjang pengetahuan saya, jawatan Pegawai Khas seperti yang digunakan Jamal Yunos adalah salah dan ia hanya strategi mereka yang bertujuan untuk membina persepsi dan mengaitkan saya dan Dato' Adam Rosly.

Kami menghormati bidang kuasa SPRM dalam melakukan siasatan atas setiap aduan yang diterima mereka. Kami juga kekal berpegang dengan prinsip keadilan bahawa tiada sesiapa yang dianggap bersalah sehingga dibuktikan.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan

* YB pun dah akui yang itu adalah tindakan berasaskan politik. Apa yang nak diherankan, kalau ikutkan bunuh musuh politik pun pernah dibuat orang

2 comments:

  1. Sotong bkn haiwan liar ke?
    Soh what

    ReplyDelete
  2. We're a group of volunteers and opening a new scheme in our community.
    Your website provided us with valuable information to work on. You've
    done a formidable job and our whole community will be thankful to you.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa