Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 20, 2017

Budak ni dah pandai bersilat dah........kalau bukan hang berdua nape tak nafikan dengan bukti?

Viral foto intim: Serangan peribadi, politik kotor pihak tertentu
19 April 2017 | MALAYSIA DATELINE
Dyana Sofya

Beberapa keping foto berkasih-kasihan sepasang kekasih mirip pemimpin DAP, Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya mula tersebar di laman sosial sejak semalam.

Foto berkenaan memaparkan kedua-dua individu itu duduk di sebuah restoran sambil berpelukan sementara wanita berkenaan minum dari gelas wain.

Terdapat juga adegan pasangan berkenaan bercumbu sambil berpelukan mesra.

Dakwaan Dyana dan Zairil dikatakan mempunyai hubungan skandal berlarutan sejak sekian lama ekoran penyebaran foto pasangan berkenaan berpelukan di dalam kereta dan dimuat naik di laman sosial Instagram.

Tambahan pula, sebuah video pasangan sama menari sambil berpelukan di sebuah kelab malam juga menjadi isu di media sosial.

Dyana dalam respon terhadap foto terbaru berkenaan berkata ianya merupakan pencerobohan kehidupan privasi individu didalam gambar terbabit sambil mendakwa ianya agenda politik kotor.

“Saya anggap Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.

“Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam,” ujarnya dipetik Sinar Harian.

Tanpa menafikan foto berkenaan adalah dirinya bersama Zairil, Dyana menegaskan penyebaran foto berkenaan merupakan serangan politik ketiga beliau dalam tempoh dua bulan merujuk kepada video di kelab malam, peyebaran foto beliau merokok dan terbaru, penyebaran foto bercumbu di restoran.

“Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya,” kata Dyana.

Dyana merupakan calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan pada Mei 2014.

Beliau walaubagaimanapun kalah kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Sementara Zairil adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera dari parti DAP.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa