Di Tulis Oleh Mohd Fitri Bin Asmuni
Mantan Ketua Pemuda AMANAH Perak
Bagi aku, kalau Dyana Sofia dan YB Zairil memang terbukti bersalah, mereka patut diberi hukuman yang sewajarnya oleh pimpinan DAP. Ahli DAP dan sesiapa saja tidak wajar mempertahankan kesalahan mereka.
Untuk apa malu? Lebih malu kalau mempertahankan perkara yang salah. Rakyat mahu melihat kejujuran, ketegasan dan prinsip parti dan kepimpinan apabila berdepan dengan krisis sebegini. DAP akan dihormati kawan dan lawan seandainya mereka tegas mempertahankan kebenaran dan menentang apa jua salah laku hatta kepada ahli dan pimpinan mereka sendiri.
Islam pun begitu. Islam tidak dikisahkan kepada kita seperti cerita Romeo dan Juliet, yang indah-indah belaka. Tetapi Allah menceritakan perkembangan awal Islam dengan pelbagai latar. Ada jatuh dan bangun, kalah dan menang, fitnah dan pergolakkan dan sebagainya. Kehidupan peribadi Nabi pun begitu, ada sedih dan duka, marah dan gembira dan sebagainya. Begitu juga kehidupan baginda dalam berkeluarga, tidak hanya mengisahkan kisah cinta semata-mata, bahkan Allah menunjukkan kepada kita bahawa di dalam keluarga Baginda juga berlakunya fitnah, cemburu, marah dan sebagainya. Demikian juga kisah Nabi sebagai ketua kerajaan, Baginda dan para sahabat juga turut berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pentadbiran.
Allah tunjukkan semua ini sebagai pengajaran kepada kita bahawa manusia tetap manusia, siapapun dia, dari manapun dia, dia pasti tidak akan terlepas dari kesalahan, ujian, cabaran dan sebagainya. Semua itu adalah sunnatullah yang akan ditempuhi oleh semua orang samada mereka beragama Islam, bukan Islam atau parti-parti politik seperti PAS, PKR, Amanah, DAP dan BERSATU atau di dalam urusan kenegaraan dan sebagainya.
Jadi, aku harap siasatan yang telus perlu dilakukan terhadap mereka berdua. Jika mereka tidak bersalah, nama mereka harus dibersihkan dan sekiranya mereka didapati bersalah, mereka harus dihukum. Itulah yang terbaik.
Jangan ikut cara PAS dan UMNO, yang salah pun cuba dipertahankan untuk dilihat betul. Lama-lama rakyat akan muak, benci dan tidak lagi percaya kepada mereka akibat dari keegoan mereka sendiri.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=420454818307433&id=100010287550002

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa