Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 16, 2017

Jengok Sabah jap: WARISAN bukan parti lanun

WARISAN BUKAN PARTI LANUN
BAJAU/SULUK BAIK ORANGNYA

SAYA sejak dulu tak minat menulis politik dikaitkan bangsa dan agama.

Menulis sejarah bangsa/budaya untuk bahan ILMU itu saya suka sebab saya suka sangat mengkaji dan dikaitkan agama juga tidak minat tetapi agama dijadikan panduan berpolitik itu saya suka sebab agama apa saja semuanya mengajar kebaikan dan tidak kejahatan.

Di Sabah ini kesan DSSA itu asal Semporna dan lahir kalangan suku Bajau di sana, maka dikaitkan dengan Suluk dan bila dikaitkan dengan lepa2 yang mesra laut, maka itu segera dikaitkan dengan lanun, sedang melanun itu bukan sikap bangsa tetapi sikap dan perangai sendiri dan di daratan lebih hebat dunia lanunnya yang songlap 2.6 bilion dan itu pula kena hormat sanjung. Hairan sekali!

Suluk itu sudah lama berada di Sabah, malah ikut sejarah mereka yang kuasai Sabah dulu dan baca sejarah sultan Momin yang diamanah kuasai Sabah dan jelas Suluk itu sudah ada sebelum Inggeris jajah dan tawan Sabah dulu.

Kita memang ada kaitan dengan kesultan sulu dan ini sejarah yang harus diakui dan rasanya bangsa2 lain selain suluk memang jauh sedikit keakrapannya. Lalu kenapa saling hina menghina?

Siapa saja Mat Salih, Pak Musa, Sherif Usman yang menentang Inggeris dulu dan bukankah mereka itu pejuang dan kalau itu tidak dikenang, lalu siapa saja Tun Mustapha, Tun Sakaran Dandai dan TYT yang ada sekarang ini?

Menteri2 kabinet seperti Tawfiq Titingan itu siapa? dan Nasir Sakaran itu siapa dan banyak lagi.

Mereka itu sebangsa/seirama dengan DSSA sendiri. Menghina DSSA makna menghina mereka juga dan apakah ini dilupa?

DSSA bukan PTI dan dia asal Sabahan pemimpin kedua persatua Bajau dan semua kepimpinan WARISAN adalah kalangan rakyat Sabah dan tidak ada PTI di sana.

Mereka ini hidup mati tetap perjuangkan Sabahan semua bangsa tak kira apa fahaman budaya dan kepercayaan dan ngamlah dikatakan WARISAN itu milik Sabahan alias milik semua bangsa yang cintakan Sabah.

Penubuhan WARISAN jelas visinya selamatkan Sabah dari perampok pencuri khazanah negara bangsa Sabah dan tiada lagi pilihan terbaik selain terus mengundi WARISAN di PRU akan datang.

Tumpukan sepenuh hati demi perjuangan yang telus dan ikhlas untuk Sabahan kesan kita semuanya bersaudara dan beza dengan yang lain yang bersikap perkauman.

Baik Bajau, Suluk, Brunei, Murut atau apa saja rata2 tercipta kawin campur dan sama meraikan apa-apa perayaan termasuk perayaan Chrismas, Raya dan sebagainya dan Sabah merupakan wilayah baik contoh sebab dalam satu famili meski adik beradik ada islam, ada kristen dan semuanya hidup bahagia dan samalah juga dalam parti WARISAN itu pelbabagi bangsa dan beda dengan UMNO hanya untuk Melayu sedang yang bukan melayu dalam UMNO hanya dijadikan nasi tambah. Kesian jadi alat pula!

Warisan tetap pilihan
Warisan parti Sabahan
Tiada lain selain WARISAN
Warisan TOP
Warisan pilihan tepat
Undi Warisan
selamatkan Sabah
Satukan bangsa Sabah

ISMAILY BUNGSU
15/4/2017
8:47am

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa