Tuesday, 18 April 2017
KERETAKAN KIAN NYATA, ZAHID HAMIDI DAH MULA MAIN SINDIR-SINDIR DAN PERLI
Keretakan hubungan Najib Razak dengan Zahid Hamidi barangkali tidak boleh disembunyikan lagi dan perlantikan Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini hanya menambah-burukkan lagi keadaan yang ada.
Meskipun Najib cuba meredakan mendung yang ada dengan mengatakan perlantikan Hishammuddin adalah atas saranan Zahid sendiri, nampaknya tiada apa-apa yang berubah selepas itu.
Selain kenyataan Najib itu langsung tidak disambut oleh Zahid, sebaliknya dalam dua hari kebelakangan ini beliau sudah mula main sindir-sindir dan perli terhadap Perdana Menteri dan sepupunya, Hishammuddin yang digembar-gemburkan sebagai bakal pengganti itu.
Semalam, ketika melancarkan buku tulisan Alies Anor Abdul, Zahid berkata, penasihat kepada pemimpin negara harus berfikiran terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain.
Ini kerana, katanya, mereka memainkan peranan penting dalam membantu pemimpin dalam mentadbir negara dengan lebih cemerlang.
"Penasihat yang baik harus menerima nasihat dari luar. Kalau menggunakan pemikiran yang terlalu jumud dan silo serta merasakan bahawa intelektual egoisme itu ada pada dirinya, tunggulah ketikanya bahawa keruntuhan akan berlaku.
"Ini kerana peranan penasihat ini penting untuk menentukan pola pemikiran seseorang pemerintah. Baik buruknya sesebuah daulah pemerintah adalah disebabkan penasihatnya," ujar Zahid lagi.
Zahid berkata demikian bukan saja seperti menyindir secara halus penasihat-penasihat Najib yang sejak sekian lama banyak dipersalahkan sebagai antara punca banyaknya kecelaruan dalam kepimpinan Najib mengurus negara, bahkan beliau berucap di depan Alies Anor yang merupakan salah seorang penasihat paling kanan kepada Perdana Menteri.
Sindiran Zahid tentang peranan penasihat itu dipercayai turut juga berkaitan dengan perlantikan sepupu Najib, Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.
Alies sebelum ini adalah Setiausaha Politik Najib, tetapi kemudian menjadi penasihat paling kanan kepada Perdana Menteri bersama Allahyarham Jamaluddin Jarjis.
Beliau kini adalah Pengerusi PWTC dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat milik kerajaan, antaranya ialah Bank Rakyat.
Hari ini pula, di sebalik masyarakat India banyak mempertikaikan peranan kerajaan dalam melindungi dan memberi keistimewaan kepada Dr. Zakir Naik yang ceramahnya suka memberi perbandingan antara agama, Zahid mendedahkan bahawa penceramah agama tersebut memiliki taraf pemastautin tetap atau PR Malaysia.
Menurut Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Dr. Zakir Naik telah menerima taraf tersebut sejak lima tahun yang lalu.
"Ertinya PR berkenaan diberikan sebelum saya menjadi Menteri Dalam Negeri," ujar Zahid.
Siapa Menteri Dalam Negeri sebelum Zahid kira-kira lima tahun yang lalu kalau bukan Hishammuddin?
Di ketika Najib baru-baru ini melawat India dan berkunjung ke rumah superstar pujaan kaum India seluruh dunia, Rajinikanth untuk sedikit-sebanyak dengan tujuan agar kaum India di Malaysia menyokongnya dalam pilihanraya umum akan datang, pendedahan Zahid bahawa Dr. Zakir Naik telah diberikan keistimewaan status PR oleh kerajaan, sokongan pengundi India mungkin menguncup kembali.
Tentu lebih menyakitkan hati kaum India apabila status PR itu rupa-rupanya diberikan oleh sepupu Najib sendiri.
Zahid pula awal-awal lagi lepas tangan dengan ayatnya, "ertinya PR berkenaan diberikan sebelum saya menjadi Menteri Dalam Negeri."
Untuk hari-hari seterusnya, Zahid mungkin terus dan lebih banyak melontarkan sindiran, baik kepada Najib mahupun Hishammuddin.
Gambaran mudahnya, hati Zahid memang sedang panas ketika ini.
Di pihak Najib, tiga empat kali disindir dan diperli, apakah beliau hanya akan berdiam diri saja?
Melalui riak dan risikan awal, satu lagi keretakan dalam UMNO mungkin terlalu sukar untuk dielakkan.
Posted by Shahbudin Husin at 15:46

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa