Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 18, 2013

Apa-Apa Pun Lantak Kamulah Labuu......

Dah saya kata anak Samy Vellu jauh lebih cerdik dari puak-puak di KDM dan Wisma Putra
Kalau Kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan tidak mahu menyorokkan apa, walau pun namanya tiada dalam senarai lawatan rasmi sekali pun
Terima jerlah dia sebagai Pelawat sahaja dengan peraturan tertentu
Dia masuk Malaysia pun secara sah

Xenophon tidak termasuk dalam delegasi Australia, kata pegawai menteri
February 18, 2013

KUALA LUMPUR, 18 Feb — Senator bebas dari Australia Nick Xenophon tidak pernah menyertai delegasi bi-partisan parlimen yang dijemput untuk urusan rasmi pada minggu ini, kata sumber dari pejabat Menteri Undang-Undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini. Perkara ini didedahkan walaupun Xenophon mendakwa dalam media Australia hari ini bahawa lawatannya “bukan tidak rasmi”.

Sumber tersebut mendedahkan delegasi yang sah hanya melibatkan Ahli Parlimen Moore Dr Mal Washer, Senator John Williams dan MP Hindmarsh Steve Georganas, maklumat tersebut diperoleh daripada jemputan SMS yang disampaikan kepada Nazri daripada pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu masa dahulu.

“Hanya tiga orang tersenarai. Mereka tidak pernah berhubungan dengan  Xenophon... beliau tidak berada dalam senarai individu yang sepatutnya tiba disini untuk bermesyuarat,” kata sumber selepas dihubungi disini.

Salinan jemputan SMS daripada Abdul Malek Hussin, ketua hal ehwal parlimen ketua pembangkang telah dihantar ke The Malaysian Insider pagi ini.

“Chief..ada tamu from australia nak jumpa Tuesday. Dah cal azlinda for appointment. 1) Dr. Mal Washer MP of Moore., 2) Senator John Williams (Nationals Whip in the Senate and Senator for New South Wales) 3) Mr. Steve Georganas MP (Second Deputy Speaker of the House of Representatives and MP for Hindmarsh),” tulis SMS tersebut.

Nazri yang juga merupakan menteri hal ehwal parlimen turut sering dirujuk sebagai “Chief”.
“Ini adalah SMS untuk mesyuarat yang telah dipersetujui,” kata sumber daripada pejabat menteri itu.

Awal hari ini, Xenophon dilaporkan dalam media Australia menegaskan lawatannya ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya negara adalah urusan rasmi.

Xenophon, yang diusir dari Malaysia Sabtu lalu kerana dikatakan “ancaman keselamatan negara”, mengatakan senator dari Parti Nationals John Williams dan ahli parlimen dari Parti Liberal Mal Washer, yang turut bersamanya dalam delegasi bipartisan parlimen, menerima kelulusan dari Menteri Tugas-Tugas Khas Australia Gary Gray untuk lawatan tersebut.


“Ia bukan tidak rasmi,” kata Xenophon (gambar) yang dilaporkan oleh radio ABC di Australia.

“Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti,” katanya lagi.
Delegasi Australia, termasuk ahli parlimen Parti Buruh Australia Steve Georganas, membatalkan lawatan tersebut.

Xenophon tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu untuk menemui Anwar, Nazri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu ini tetapi telah ditahan di Terminal Pengangkutan Tambang Murah, Sepang dan dihantar pulang pada hari sama.

Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad menjelaskan pada Sabtu lalu bahawa Xenophon telah dihantar dan dihalang daripada memasuki Malaysia dibawah Akta Imigresen 8 (3) kerana senator tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang didakwa mencemarkan imej Malaysia.

Alias menegaskan kenyataan oleh Xenophon terhadap kerajaan Malaysia sebagai “kuku besi” semasa mengendalikan perhimpuan Bersih 3.0 pada April lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas.

Sepanjang pemerhatian Xenophon semasa perhimpunan, beliau mendapati pihak polis telah menembak gas pemedih mata dan air kimia walaupun perhimpunan besar tersebut berjalan dengan aman.

Namun, penghantaran semula senator tersebut menarik perhatian banyak antarabangsa yang menyifatkan langkah tersebut sebagai pendekatan keras dalam menangani kritikan terhadap pentadbirannya.

Beberapa ahli politik Australia hari ini mengecam penghantaran Xenophon, senada dengan kutukan daripada Menteri Luar Australia, Bob Carr dan bekas perdana menteri Kevin Rudd.

Ahli parlimen parti Buruh Michael Danby, yang merupakan pengerusi jawatankuasa bersama hal ehwal luar parlimen Australia berkata tindakan Putrajaya mencerminkan Malaysia sebagai “berpura-pura menjadi sebuah masyarakat berasaskan undang-undang demokratik”, menurut akhbar utama di negara tersebut, The Australian.

Bekas menteri luar Australia, Alexander Downer, juga dilaporkan mengatakan langkah kerajaan Malaysia sebagai “silap besar” di dalam menolak Xenophon dan ianya akan mewujudkan persepsi yang lebih negatif di Australia.

Radio Australia, ABC Adelaide melaporkan senator parti Buruh Australia Selatan Penny Wong menegaskan Canberra telah menyatakan secara jelas bahawa layanan keatas Xenophon adalah “tidak wajar”.

“Saya rasa isu kedua apakah peranan kita dalam politik dalaman Malaysia. Ia jarang sekali Australia berhubungan, terutamanya dengan demokrasi matang, termasuk dengan proses demokratik mereka,” kata Wong.

Media Australia semalam melaporkan Perdana Menteri Julia Gillard mengatakan pentadbirannya akan terus menekan Malaysia untuk menjelaskan perkara tersebut selepas pihak berkuasa tidak membenarkan Xenophon tinggal didalam negara.

Carr dilaporkan semalam berkata telah bercakap dengan rakan sejawatnya untuk meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan penghantaran semula Xenophon tetapi berharap kejadian tersebut tidak mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa