Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 19, 2013

Syndrome Pilihanraya: Akibat Kebodohan Pemimpin PR

Selalu sediakan peluru kepada musuh
Memberikan bola tanggung untuk di'smash'!
Tak bolehkah selesaikan secara dalaman dan tertutup?
Perlu apa dihebahkan kepada public?

Konflik pakatan pembangkang bukti tiada persefahaman

SUNGAI SIPUT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata konflik yang berlaku antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor membuktikan tiada muafakat dan persefahaman dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka di kalangan parti pembangkang itu memberi gambaran yang tidak baik dan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Soal kerusi pun tak boleh selesai kalau esok ada pilihan raya dia (pakatan pembangkang) akan bergaduh dan tentu tidak ada kesepakatan dari segi kerusi.

"Dari segi hala tuju dan dasar pun mereka tidak ada dalam haluan yang sama. Ini hakikat yang ada dalan pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini, hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Johor sehingga menyebabkan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya dalam satu kenyataan semalam.

Karpal dilaporkan berkata konflik antara DAP dan PKR di Johor kini mencetus perbalahan terbuka dan boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau dilaporkan berkata DAP memandang berat penegasan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bahawa pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.
- MC

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa