Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 25, 2013

Puak UG Dalam Tidak Restui Anwar Calun PM?

Agaknya benar kata puak-puak BN
Parti-Parti dalam PR masih tidak ada persetujuan
Jangan marakkan api dalam sekam
PAS harus berterus terang
Supaya rakyat boleh buat keputusan
Jangan nampakkan PAS tidak pentingkan hasrat rakyat!
Janganlah sehingga di'babi'kan oleh rakyat nanti.....
Aku bukannya penyokong Anwar tetapi pendirian PAS biarlah teguh
Aku hanya pemerhati.....

Anwar juga jangan terlalu lena dibuai mimpi indah
Bimbang membawa padah seperti dulu tuuu....
Anwar nafi PAS halang Pakatan umum calon PM
Fazy Sahir | February 25, 2013

Menurut Ketua Umum PKR itu, isu itu tidak dibangkitkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.
Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa PAS menghalang sebarang pengumuman mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat pada konvensyen hari ini.
Anwar berkata, isu mengenai calon Perdana Menteri itu tidak dibangkitkan dalam konvensyen dan dakwaan itu hanya khabar angin.
“Konvensyen ini hanya untuk manifesto. Kita (Pakatan) tiada masalah dan ia hanya khabar angin (isu calon PM),” katanya kepada pemberita setelah selesai memberi ucaptamanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata perbincangan mengenai calon Perdana Menteri ini akan terus dibincangkan sehingga PRU.
Ketika diasak pertanyaan jika PAS kekal untuk menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon PM, Mat Sabu seakan mengelak.
Beliau sebaliknya berseloroh jika dirinya turut menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
“Kita tidak bincang siapa yang nak diumumkan sebagai calon PM. Bagi saya siapa sahaja dapat sokongan umum boleh jadi PM termasuk saya.
“Kenapa tidak tanya jika saya berminat jadi PM. Saya berminat, cuma nak jadi Agong tidak boleh.
“Perbincangan dari semasa ke semasa akan dibuat sehingga pilihan raya dan ia tidak jadi perkara utama tapi yang penting kita ambil alih Putrajaya,” katanya.


PAS calon Hadi
Isu siapa calon Perdana Menteri Pakatan bermula apabila ahli PAS ketika muktamar lalu yang mencadangkan Abdul Hadi.
Sebaliknya DAP mahupun PKR mencadangkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sehingga menimbulkan pertelingkahan dalam Pakatan mengenai perkara berkenaan.
Berhubung Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, Anwar berkata, beliau masih belum mendengar perkhabaran bahawa PKR dan PAS berminat untuk memancing Juanda sebagai calon mereka.
“Minat atau tidak kena tanya dia (Juanda),” katanya.
Juanda  sebelum ini dilaporkan menjadi perebutan Barisan Nasional (BN),PAS dan PKR untuk menjadi calon mereka pada PRU nanti.
TURUT BACA:

11 comments:

  1. Salam tuan,

    Mohon tuan untuk linkkan semula Bloglist Malaysia ke bloglist tuan kerana Bloglist Malaysia yang lama telah diremove oleh google.
    Ini link baru http://bloglist-malaysia.blogspot.com/

    Kerjasama tuan amat dihargai.

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. DSAI is the best candidate for PM post.
    Ikhlas dari pengundi atas pagar

    ReplyDelete
  3. jeebond

    Iikk...nape pulak?

    Tapi apa saya dah senaraibarukan link saya

    ReplyDelete
  4. Salman Ali

    Pada saya pun tak nampak calun lain yang punya kelebihan aura dan wibawa!

    ReplyDelete
  5. Kalau betul dakwaan sebahagian ahli syura punya pilihan lain ikut selera mereka, itu jalan mudah untuk meranapkan persepakatan dalam PR. Ini soal good governance, bukan boleh main2. Kita tak mahu lihat peristiwa khianat dalam parti berulang seperti selepas PRU12. Itu semua virus dan virus2 seperti itu patut ditarbiah awal2 lagi. Kepada kelompok UG, nasihat pengundi atas pagar.....tolong jangan sia2kan undi kami.

    ReplyDelete
  6. belum menang nak rebut ghanimah apa nak jadi pakailah panduan dari agama
    calun lain dah lalui ke derita seperti yang di lalui beliau jangan duk ada hasad dengki dalam satu rumah

    ReplyDelete
  7. Salman Ali

    Betul kata saudara. Harap janganlah PAS atau mana-mana parti mengkhianati dan musnahkan harapan rakyat!

    ReplyDelete
  8. Anon 10:35 PM

    Betul pandangan saudara. Mana ada pemimpin yang mengharungi kegetirannya. Mana ada pemimpin secekal Anwar sekeluarga?

    ReplyDelete
  9. Perang belum bermula lagi dah sibuk berkira dengan harta rampasan...
    Jadi kami penyokong PR amatlah berharap ahli majlis syura PAS jangan menari sama mengikut gendang UMNO mempersoalkan siapa patut jadi PM.

    Apa yang dicita-citakan ialah suatu perubahan menyeluruh dasar pentadbiran kerajaan dan meringankan kos sara hidup yang semangkin meninggi.

    Kami impikan satu Malaysia Baru yang ditunggu-tunggu dengan barisan kepimpinan PR. Jawatan PM hanya diumumkan setelah PR menang.

    ReplyDelete
  10. Selamat bersidang PR. Kami sentiasa mengikuti perkembangan sambil membuat tinjauan ke seluruh negara. Harapan untuk mara ke Putra Jaya memang cerah selagi tiada isu besar dan percanggahan pendapat di kalangan pemimpin2 parti. Kami amat optimis.

    ReplyDelete
  11. Abe,

    Puak UG dalam PAS ini bukanlah satu blok/kumpulan besar di dalam PAS. Pada ambo, adalah grup kecil ulamak PAS yang mahu bekerjasama dengan UMNO.

    Yang kita heran, PAS telah membuat keputusan dan pendirian rasmi untuk menolak sebarang kerjasama dengan UMNO di dalam Muktamar PAS di Ipoh beberapa tahun lalu, tetapi kumpulan UG ini masih tidak mahu menerima keputusan tersebut. Pelikkan perkara ini boleh berlaku didalam satu jamaah Islam.

    Satu lagi ciri penting ialah kumpulan UG ini bergerak secara sembunyi-sembunyi tidak secara anak jantan seperti Kuli, orang yang mereka pilih untuk menjadi bakal PM Pakatan jika PR menang PRU 13.

    Kuli menzahirkan perbedaan pendapatnya mengenai halatuju perjuangan UMNO Baru dengan pucuk pimpinan UMNO secara terbuka, dengan hujah-hujah yang dimaklumkan kepada rakyat. Kita tahu Kuli bukan ulamak tetapi beliau secara terbuka menyatakan pendiriannya secara gentleman - tak main soksek-soksek atau sembunyi-sembunyi ibarat baling batu sembunyi tangan.

    Kita jangan sekali-kali memandang rendah kesemua ulamak di dalam PAS dan institusi ulamak di dalam PAS kerana tindakan beberapa kerat ini.Ini kita semua kena faham.

    Kita juga tidak mempertikai atau meremehkan ilmu ugama yang ada pada ulamak-ulamak di dalam PAS secara keseluruhan termasuk geng UG ini. Yang kita pertikaikan adalah arah tuju politik yang mereka bawa yang semua boleh nampak menyimpang jauh daripada realiti yang ada.

    Setakat ini puak UG tidak menjelaskan secara terbuka asas perjuangan mereka yang mahu bekerjasama dengan UMNO. Yang kita dapat tahu hanyalah alasan-alasan logik yang tidak masuk akal dan yang tersasar jauh daripada realiti. Kita juga tidak tahu dan tiada maklumat mengenai alasan-alasan syarie yang mereka guna.

    Dalam menghadapi kemelut ini, PAS mesti bertegas dan menyatakan pendirian dalam isu ini. Senang sahaja, PAS menyokong atau tidak menyokong geng UG ini? Tak payah nak berseloka, bersenandung dengan menyapu isu ini dibawah karpet untuk sementara waktu semata-mata mahu sokongan rakyat untuk menang PRU 13. Tetapi apabila kemenangan telah dicapai, mula tunjuk belang sebenar.

    bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa