Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 16, 2013

Ingatkan Orang Cakap Banyak Ni Bijak, Rupanya....

Dia ingat rancangan begitu sape yang sepatutnya buat
Nak kata bangang kan...kata kasar
Tapi tengoklah di mana tahap pemikirannya?

Kita tengoklah nanti kalau ditaqdirkan BN tersembam
Dan kerajaan baru pegang kuasa
Apa yang mereka boleh buat dan laksanakan  nanti....

Kalau cakap jer banyak
Nanti kita sama-sama humbankan juga
Kerajaan Negeri Pembangkang Dicabar Buka Tanah Rancangan
PEKAN: Pengerusi Felcra Berhad Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencabar kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang supaya membuka tanah rancangan seperti yang dilaksanakan Felcra bagi membela rakyat di negeri berkenaan.
Beliau berkata jika pembangkang benar-benar prihatin, mereka sepatutnya memikirkan soal kebajikan dan memenuhi kehendak rakyat.
"Kalau mereka (pembangkang) hendak sangat bantu rakyat, bukalah tanah seperti mana Felcra laksanakan.
"Ini tidak, tanah yang ada bukannya untuk rakyat tetapi diberikan kepada tauke-tauke besar," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Kunci Perumahan Program Penyusunan Semula Kampung Felcra Sri Makmur di Pekan, Sabtu.
Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Tajuddin turut menyeru semua warga Felcra agar tidak mendengar hasutan pembangkang serta terpengaruh dengan janji manis mereka.
Beliau berkata warga Felcra seharusnya memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan.
Pada majlis itu, Felcra menyerahkan 160 rumah kepada generasi kedua di kawasan berkenaan. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa