Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 22, 2013

PR Bercelaru?

Kalau macam ni
Bagaimana nak menang di PRU nanti?

Apa yang saya nampak pun begitu
Sebenarnya kalimah Allah bukanlah isu besar kalau tidak dipolitikkan
Semuanya menjadi kelam kelibut bila isu ini dibangkitkan oleh orang politik
Kenapa  tidak diserahkan saja kepada badan yang bertanggung jawab?
Bila dah menjadi ceralu dan menimbulkan isu besar di kalangan rakyat, kenapa Majlis Raja-Raja masih bisu?

Benarkah Majlis Syura PAS tolak Anwar sebagai PM?

PRU 13: BN bermasalah, Pakatan Rakyat bercelaru
Muda Mohd. Noor | February 22, 2013

Apa yang berlaku sekarang dalam beberapa isu yang dihadapi Pakatan Rakyat, ia nampak lebih buruk dari salahguna kuasa Barisan Nasional.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat dianggap ramai mempunyai peluang yang paling baik untuk mengambilalih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum kali ini. Tidak syak lagi gabungan PAS, PKR dan DAP ini yang terbaik pernah dimiliki parti-parti politik pembangkang dalam sejarah mereka.

Mereka lebih baik dari  Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang menggabungkan  Semangat 46, PAS dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan tokoh politik berpengalaman, Tengku Razaleigh Hamzah.

Meski diselubungi pelbagai kontroversi – rakyat tetap memberi harapan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pelbagai peringkat rakyat termasuk bekas anggota pasukan keselamatan menyertai parti komponen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun,  bukan mudah untuk menggulingkan BN yang sudah memerintah sejak berpuluh tahun lalu. BN sudah masak dengan sepak terajang politik.

BN mempunyai wang ringgit yang tidak terhad, cuba lihat pelaburan yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat. Pelbagai bantuan yang sebelum ini tidak pernah wujud.
Bagaimanapun, wang ringgit bukan penentu. Seperti bola sepak, jurulatih bukan penentu kalah menang.

Malangnya, Pakatan Rakyat tidak sunyi dari dilanda masalah dalaman. Terbaru ialah isu kalimah Allah antara PAS dan PKR. Kemudian diikuti PKR dan DAP di Johor.

Isu Johor mungkin boleh diselesaikan dengan cepat tetapi isu kalimah Allah akan mengambil masa lama. Apatah lagi, ketegasan majlis syura PAS.

Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya akan membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat tidak lebih gertakan semata-mata.

Isu negara Islam  sudah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu dengan pemain utama ialah PAS dan DAP. Belum ada tanda ia akan selesai meskipun tarikh pilihan raya umum kini  di depan mata. 

PAS jadi pak turut 

Orang mula melihat hasrat PAS untuk menegakkan Islam  dalam Pakatan Rakyat akan hilang  entah ke mana. Banyak bukti menunjukkan PAS hanya menjadi pak turut sahaja.

Jika isu ini gagal diselesaikan, Umno akan mendapat untung kerana orang Melayu akan mengundi calon Umno.

Ringkasnya, Pakatan Rakyat  menghadapi BN dengan pelbagai masalah. Ini yang menyebabkan tugas menjadi semakin berat.  Tetapi jika kalah, pakatan PAS, DAP dan PKR dijangka berkubur atau tidak mempunyai masa depan lagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipertikaikan lagi, beliau masak dengan sepak terajang politik, begitu juga Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Abdul Hadi Awang serta Karpal Singh yang sangat berpengalaman dan mempunyai pengikut sendiri.

Malangnya, ia bukan jaminan untuk Pakatan Rakyat menang. Dalam politik, nama-nama besar tidak penting. Yang menjadi wira ialah rakyat terbanyak.

Pakatan Rakyat adalah pakatan yang rapuh. Terdedah kepada pelbagai masalah dalaman. Anwar dalam beberapa isu boleh meredakannya tetapi bukan semua.

Menjadi lebih rumit kerana Pakatan Rakyat diterajui pemimpin-pemimpin  tua yang mendatangkan banyak masalah. Nik Aziz dan Karpal mempunyai ego masing-masing.

Kini Karpal telah menjadi musuh kepada sebahagian penyokong PAS dalam isu kalimah Allah. Isu ini serta negara Islam sebenarnya menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat.

Anwar pula bukan sepenuhnya diterima orang PAS. Laporan menyebut majlis syura PAS – badan paling berkuasa parti Islam itu – menolak Anwar sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat merampas kerajaan pusat.

Apa yang berlaku sekarang dalam beberapa isu yang dihadapi Pakatan Rakyat, ia nampak lebih buruk dari salahguna kuasa Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa