Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 16, 2013

Mahathir Dah Tak Kenal Yang Mana Huduh, Yang Mana Buruk?

Kenapa benci Khairy, sayang sangat Rosmah - Mat Sabu: Saya tidak akan minta maaf
KUALA LUMPUR- Dengan segala pendedahan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah tidak patriotik jika Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyokongnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, surat ahli perniagaan Deepak Jaikishan kepada Dr Mahathir baru-baru ini memperinci dan membuktikan dengan lebih detail lagi apa yang dijelaskan oleh Deepak sebagai salah laku Najib.
"Dengan pembuktian sedemikian, termasuk memetik keputusan mahkamah, saya tak mahulah kata mengkhianati negara tetapi sangat tidak patriotik jika Dr Mahathir terus menyokong Najib," katanya.
Mahfuz yakin, Dr Mahathir tentu lebih faham dan lebih tahu apa yang dimaksudkan oleh Deepak apabila ahli perniagaan itu berkata 'bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh'.
"Siapakah perampas? Siapakah pembunuh? Berapa banyak yang dirampas? Adakah harta negara yang dirompak? Siapa pula yang dibunuh?," beliau mempersoalkan.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga hairan bagaimana Dr Mahathir boleh terus menyokong Najib sedangkan beliau tidaklah lebih baik dari bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Dr Mahathir sampai sanggup keluar Umno oleh kerana beliau tidak boleh menerima Pak Lah sebagai Perdana Menteri.
"Hairannya, boleh pula beliau menerima Najib sedangkan jika dibanding dengan kesalahan dan ketidakmampuan Najib, terlalu jauh lebih besar dari kesalahan dan ketidakmampuan Pak Lah," kata Mahfuz.
Begitu juga dengan orang-orang kanan kedua-duanya, katanya lagi.
"Satu negara hairan, Dr Mahathir yang benci sangat kepada Khairy Jamaluddin sayang sangat pula kepada (Datin Seri) Rosmah Mansor," katanya.
Mahfuz berkata, jika Dr Mahathir yakin Najib di pihak yang benar, beliau mestilah menjawab surat Deepak itu dan menafikan semua tuduhan dengan hujjah yang tidak boleh disangkal sama sekali.
"Jika Dr Mahathir gagal berbuat demikian, beliau hanya membuktikan kepada seluruh negara bahawa beliau mempunyai kepentingan sendiri dan kepentingan perniagaan serta kekayaan anak-anaknya sehingga beliau sanggup menyokong orang seperti Najib.
"Jika Dr Mahathir gagal berbuat demikian, beliau hakikatnya membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa beliau lebih mementingkan masa depan anak-anaknya dari kepentingan negara," katanya lagi.
Deepak menulis surat panjang lebar kepada Dr Mahathir memperincikan apa yang digambarkannya sebagai salah laku Najib dan Rosmah selepas Dr Mahathir membuat kenyataan menasihatkan Najib supaya jangan pedulikan dakwaan Deepak. - MC

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa