Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 21, 2013

Bengong Sungguh Timb. Menteri Baru Ni. Sikit-Sikit Politik, Alih-Alih Politik!

Cubalah buka minda, celik mata dan buka kepala sikit!
Kalau ramai yang pakar dah bantah
Mamak Tua sendiri pun dah bantah
Pada aku, kalau Mamak Tua ni bantah kena ambil perhatian
Walau pun kekadang dia ni melalut tetapi jangan perlekehkan pengalamannya
Mesti ada yang tak baik dan bala tersembunyi

Jangan menjumudkan fikiran kearah politik semata-mata
Aku heran, dari mana Najib kutip siSemput akal ni dijadikan Timbalan Menteri?

Ini masalahnya bila Jurutera bercakap hal ekonomi dan perdagangan
Samalah juga dengan Tukang Rumah bercakap tentang Mekanik!

Menteri sifatkan bantahan terhadap TPPA bermotif politik
JULY 21, 2013
Kerajaan tidak sekali-kali menjual maruah negara kepada orang luar apatah lagi membawa Malaysia bankrap dalam perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Kota Kinabalu minggu lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri, berkata kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak dan mempertahan hak rakyat sebelum menandatangani sebarang perjanjian.
"Ini terbukti apabila pendapatan negara daripada perdagangan termasuk melibatkan perniagaan luar negara terus meningkat hingga mencecah RM200 bilion setahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian zakat kepada 120 anak-anak yatim dan berbuka puasa di bawah program tanggung jawab korporat SME Bank di Masjid Pekan Bukit Gambir di Muar, petang semalam.
Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Razi Yunus; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gambir, M Asojan; Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Ledang dan pemimpin tempatan.
Sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, Hamim berkata, Malaysia tidak boleh mengasingkan diri, sebaliknya perlu bersama negara-negara lain menyertai perundingan seumpama itu.
Beliau berkata, negara-negara lain yang menyertai perundingan itu juga memahami kehendak Malaysia dalam perundingan berkenaan.
Menyentuh bantahan badan-badan bukan kerajaan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur terhadap perundingan itu, Hamim menyifatkan ia bermotif politik kerana Malaysia belum memuktamad rundingan. - Bernama, 21 Julai, 2013

1 comment:

  1. Bodoh bebal Ir ni, jurutera jenis apa ni. Malu kami warga jurutera

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa