Bayangkan betapa seksa kanak-kanak ini sebelum ajalnya....
KANAK-KANAK 3 TAHUN MAUT SELEPAS DITINGGALKAN LEBIH LIMA JAM DALAM KERETA
Petaling Jaya, 19 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga
tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya
selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah
di Subang Jaya, di sini semalam.
Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya
Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa
ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Ketua
Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu
ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin
dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada
pukul 5.30 petang.
Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang
guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat
jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
"Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan
terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada
kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,"
katanya.
Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak
bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta
berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan
kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Beliau berkata laporan
bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini
mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana 'heat stroke'.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana
pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak
itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.
Ibu
kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan
ditemu bual wartawan. Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu
dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang
Jaya, di sini, hari ini. - sumber fb
Satu tragedi yang amat menyayat hati, meruntun jiwa kita. Ibu tersebut akan menyesal untuk seumur hidupnya.... Innalilah....
ReplyDeleteBetul ke si ibu tu kesekolah atau ketempat lain dan ada buat 'kerja' lain sampai tak ingat langsung anak sendiri Wallaahu A'a-lam.
ReplyDelete