Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 1, 2014

Kidex: PKR hanya bermuka-muka?

Kidex ― mengapa bermuka-muka wahai PKR?
Pembaca Semut HarianNov 30 2014

KOMEN PEMBACA: Pendirian sebenar Pakatan Rakyat, terutamanya PKR telah kelihatan.
Lupakan segalanya tentang analisa alam sekitar dan sebagainya. Ini bukan kes mahkamah tetapi ia berhubung amalan demokrasi. Hasrat penduduk, dan parti yang pro-rakyat perlu merealisasikan harapan rakyat. – IT.Scheiss

Chiong C Guo: Soalnya adakah kerajaan Selangor akan menghentikan projek ini jika TIA dan EIA tidak memberi hasil negatif? Bagaimana dengan janji tiada jalan tol yang dibuat Pakatan Rakyat?

Kok Son Ong: Apapuna alasannya, saya sangsi kebolehan kerajaan Selangor menghalang projek mega yang telah diputuskan oleh kerajaan pusat pimpinan BN.

Jika projek boleh dibatalkan (walaupun alasannya kukuh), syarikat konsesi akan tetap dibayar pampasan dalam jumlah yang besar. Jadi ia akan tetap memberi keuntungan buat mereka, sambil rakyat tetap terbeban.

Tng: Kok Son Ong, ini bukan tentang kebolehan tetapi kemahuan.

Sebelum Khalid berundur, terdapat cakap-cakap tentang membatalkan Kidex dan Perjanjian Air. Kini semuanya senyap. Kidex dan Perjanjian Air akan berjalan seperti biasa.

Frank Martin: Azmin perlu bertindak bijak dan berkata TIDAK. Saya sangsi mereka mampu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Atau Azmin boleh bertekak sehingga larut malam tetapi beliau perlu memikirkan tentang rakyat Selangor. Jika ia percuma, mengapa membantah Kidex?

Komen pembaca terhasil daripada rencana theantdaily, “Kidex given go-ahead! What about Azmin’s earlier stand?”

1 comment:

  1. Pakatan Rakyat professional dan bukan perompak duit ralyat macam umno bn.

    Yang pasti jika kidex baik untuk rakyat biar lah pakatan rakyat urus kan.

    Jika pakstan rompak tipu rakyat , pru14 boleh tendang kluar.

    Orang orang melayu mesti bijak dan belajar fikir masa depan kerana melayu lah bangsa tak de duit di tanah air sendiri.

    Kalau bukan bahalol maka nya bukan Melayu. Kena ubah !!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa